6 Gunung Pelangi Warna-warni Paling Menakjubkan Di Dunia

Salah satu surah di dalam Al-Qur'an, tepatnya dalam Surah Al Fathir [35] ayat 27 di mana Allah SWT telah lama mengungkap rahasia adanya gunung pelangi yang berwarna-warni seperti yang diceritakan di dalam Al-Qur'an.

“Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.” [QS: Al Fathir [35]: 27]

Terlintas sahaja gunung berwarna-warni, sudah tentunya anda akan terbayangkan pergunungan Rainbow Mountains (Gunung Pelangi) yang terletak di Zhangye Danxia, di China bukan?

Ya, itu mungkin yang paling popular, tetapi tahukan anda ada juga negara lain yang mempunyai gunung berwarna-warni semulajadi?

Di sini kami senaraikan 6 lagi negara yang mempunyai gunung berwarna-warni.

Buat yang suka berkelana, destinasi ini mungkin boleh dimasukan dalam senarai impian anda nanti. Memang cantik sungguh!

Zhangye Danxia, China

Zhangye Danxia

Tidak asing lagi, gunung pelangi Zhangye Danxia yang terletak di daerah Gansu, China ini antara yang paling tersohor di dunia.

Warna-warni dipergununan ini adalah campuran pasir merah dan mineral yang terbentuk sejak 24 juta tahun dahulu.

Gunung Zhangye Danxia merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan yang unik ada di China dan gunung ini juga turut disenaraikan dalam senarai warisan dunia UNESCO.

Brennisteinsalda, Iceland

Brennisteinsalda

Gunung pelangi Brennisteinsalda yang terletak Landmannalaugar ini dinobatkan sebagai gunung paling cantik yang ada di Iceland.

Jika anda datang ke sini, jangan lepaskan peluang melihat sendiri keindahan Brennisteinsalda.

Warna hitam dan biru yang terdapat pada gunung ini terhasil dari kesan abu dan lava, manakala warna merah pula berupa kandungan besi dan warna hijau adalah lapisan lumut yang meliputi kawasan berbatu.

Rainbow Mountain, Peru

Rainbow Mountain, Peru

Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan Gunung pelangi di Peru ini, namun kecantikan gunung ini tidak terkalah hebatnya.

Peru Rainbow Mountain atau dikenali dengan nama Vinicunca atau Yauricunca ini terletak di kawasan kawasan Pegunungan Andes.

Untuk sampai ke sini, anda terpaksa melalui trek yang mencabar dan mengambil masa selama beberapa hari.

Yang suka pengembaraan ekstrim bolehlah cuba menjejak gunung pelangi ini jika berkunjung ke Peru.

Painted Hills Oregon, Amerika Syarikat

Painted Hills Oregon

Dinamakan sebagai Painted Hill disebabkan warna gunungnya yang kelihatan seperti dicat.

Menurut Amusing Planet, kemungkinan besar Painted Hills terbentuk lebih dari 35 juta tahun yang lalu hasil dari lapisan abu vulkanik ketika daerah tersebut masih berupa dataran sungai.

Sekarang, tempat ini menjadi kebanggaan buat penduduk di Wheeler County, Oregon.

Cerro de los Siete Colores, Argentina

Cerro de los Siete Colores

Susah benar mahu menyebut nama gunung yang satu ini. Gunung Cerro de los Siete Colores atau dalam bahasa inggeris digelar The Hill of Seven Colors.

Terletak di daerah Quebrada de Purmamarca, Argentia, gunung ini mempunyai 7 lapisan warna yang berbeza.

Seven Coloured Earths of Chamarel, Mauritius

Seven Coloured Earths of Chamarel

Seven Coloured Earths atau dipanggil dengan nama Terres des Sept Couleurs ini terletak di daerah Chamarel, Distrik Rivire Noire, barat daya Mauritius.

Tidak hanya unik, pasir di sini juga sangat ajaib. Ia boleh dilihat apabila anda cuba mencampurkan pasir di Seven Coloured Earths.

Secara automatik, pasir ini akan perlahan-lahan mengasingkan diri sesuai mengikut warnanya.

BACA INI JUGA: 10 Gunung Paling Sukar Ditakluki Di Dunia

Sumber: Amenoworld