(5 Foto) Keluarga Sharnaaz Ahmad Datang Merisik Noor Nabila, Bakal Kahwin Tahun Depan

Keluarga Sharnaaz Ahmad Datang Merisik Noor Nabila, Bakal Kahwin Tahun Depan


Sharnaaz Ahmad dan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila kini sememangnya sedang menjalin hubungan yang serius apabila bakal bernikah tahun depan.

Ini apabila keluarga Sharnaaz telah datang merisik Nabila semalam.

Seramai 15 anggota keluarga kedua-dua pihak berkumpul pada acara yang berlangsung sekitar jam 11 pagi di kediaman keluarga Nabila.

Ini komen Sharnaaz:

"Pada majlis berkenaan, keluarga saya diwakili empat orang termasuk ibu bapa saya. Kami juga sepakat untuk tidak mengadakan majlis bertunang, sebaliknya terus melangsungkan pernikahan.

"Insya-Allah, atas persetujuan bersama, kami berdua bakal disatukan sebagai suami isteri pada suku pertama tahun depan.

"Menurut perancangan juga, jika boleh kami akan mengadakan majlis kahwin sebelum ketibaan Ramadan dan Syawal. Jadi, dapatlah kami beraya sama sebagai suami isteri,"

"Saya tidak menganggap dirinya sebagai figura yang sesuai dijadikan kekasih semata-mata, sebaliknya lebih kepada wanita yang memiliki kriteria menjadi isteri yang baik.

"Melihat caranya melayan saya dan bagaimana beliau mampu berdepan dengan pelbagai keadaan, saya yakin Nabila pilihan yang tepat. Beliau boleh menjaga saya dengan baik. Insya-Allah,"


 "Jika diizinkan Tuhan, saya akan kembali aktif berlakon pada awal tahun hadapan,"


Sharnaaz kini sedang berehat dari industri seni buat sementara waktu dan akan mula fokus bidang bisnes.

Apapun tahniah diucapkan kepada Sharnaaz dan juga Nabila.