Peniaga Thailand Enggan Terima Ringgit Malaysia!

Premis perniagaan di Thailand diviralkan tidak mahu menerima matawang Ringgit Malaysia kerana difahamkan nilainya yang tidak stabil sejak kebelakangan ini.

Enggan Terima RM

Notis tersebut ditulis dan ditampal dalam dua bahasa, Inggeris dan Thailand.

"We are sorry that from Nov 29, 2016, we will not be able to accept the Malaysian Ringgit."

Peniaga difahamkan tidak sanggup menanggung kerugian jika menerima wang Ringgit Malaysia dalam urusniaga seperti yang diamalkan sejak sekian lama sebelum ini.

Jika pelanggan tetap mahu gunakan nilai RM dalam urusniaga di Thailand, mereka akan meletakkan nilai yang jauh lebih rendah dari nilai terkini yang sepatutnya.

Jika anda pernah membeli-belah di Thailand sebelum ini, tentu anda sedar para peniaga di sana tidak kisah, malah lebih suka jika pelanggan dari Malaysia membayar harga barangan yang dibeli menggunakan matawang RM. Pada masa itu nilai RM stabil sebab itu mereka tidak kisah.

Enggan Terima RM

Malangnya, sejak kebelakangan ini, nilai RM mengalami penyusutan yang drastik berbanding USD menyebabkan peniaga di Thailand tak sanggup menanggung kerugian jika berurus niaga menggunakan matawang RM.

Perkara ini mudah difahami, kerana peniaga tidak mahu menyimpan matawang yang bukan sahaja tidak stabil, malah sedang mengalami penyusutan yang ketara dan berterusan.

Jika hari ini RM100 bersamaan 80.00 Baht Thailand, minggu depan RM100 mungkin bersamaan dengan 70.00 Bath Thailand.

Ini baru nilai RM100, kalau lebih besar nilai RM yang disimpan tentu lebih banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga. -Milosuam

Doa Najib Termakbul?

Rizab Malaysia Jatuh

Pada 12 April 2016, ketika nilai Ringgit mencatat prestasi terbaik di Asia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan bangganya berkata, “Ini mungkin mengejutkan lawan politik saya, yang mendakwa jika saya terus menjadi perdana menteri, ringgit akan menyusut 4.80 kepada dolar."

Melihat nilai Ringgit yang kini menyusut ke RM4.47 kepada satu dolar Amerika Syarikat dan menjadi mata wang Asia yang paling menyusut nilainya sejak kemenangan Donald Trump, rakyat terbayang soalan ini di minda, adakah PM telah ketawa terlalu awal April lalu?

Kini, para penganalisa ekonomi menjangkakan nilai Ringgit akan terus menyusut di 2017, malah ada yang membuat prediksi bahawa ia akan menyusut ke paras RM5.

Sekiranya Najib masih menjadi PM di 2017, maka prediksi-prediksi ini adalah selari dengan apa yang diketawakan Najib terhadap lawan politiknya bulan April yang lalu.

Ketika nilai Ringgit meningkat di awal tahun 2016, PM berkata keputusan rombakan kabinet pada 28 Julai di tahun 2015 telah sedikit sebanyak menyumbang ke arah prestasi baik nilai Ringgit. Apa pula reaksi Najib sebagai Menteri Kewangan terhadap nilai Ringgit hari ini?

Apakah yang PM akan tundingkan sebagai penyumbang kepada kejatuhan nilai Ringgit, yang menjadi prestasi terburuk di Asia hari ini?

Jika peningkatan nilai Ringgit berkait dengan rombakan kabinet, apakah kejatuhan nilai Ringgit ini berkait dengan prestasi kabinet yang tidak memuaskan?

Apakah kerajaan sudah ada langkah-langkah untuk mengawal inflasi berganda ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan segala penarikan balik subsidi?

BNM dan kerajaan perlu jujur dalam mencari sebab mengapa nilai ringgit paling terjejas di rantau Asia.

Jangan pendamkan sebab sebenar hanya kerana menjaga maruah seseorang sementara rakyat terus dimiskinkan melalui susutan nilai Ringgit. -Amenoworld

BACA INI JUGA: Adakah Kerana Ramai Berebut Membeli-belah, Semua Rakyat Malaysia Kaya-raya?