Ramai rakyat masih lagi merungut akibat kenaikan minyak petrol dan minyak masak yang amat ketara tingginya.
Dan seperti biasa kita akan mendengar pandangan klise bahawa, walaupun harga minyak naik, KLCC penuh juga. Lebuhraya sesak juga setiap kali cuti. Pusat pusat peranginan penuh dengan pelancong tempatan. Mana miskinnya rakyat?
Beli iphone mampu. Beli tiket bola sanggup.
Itulah antara kata-kata yang kita dengar disebalik tabir kata-kata rungutan rakyat akibat kepayahan hidup.
Kita pun tak pasti samada kata-kata itu lahir dari hati atau sekadar sindiran sakarstik.
Malangnya, bukan ramai pengunjung di KLCC, bukannya ramai membeli iphone.
Peminat memenuhi stadium setiap kali bola atau rakyat jelata berebut nak beli kasut adidas berharga 1K dijadikan ukuran kekayaan dan kesenangan 30 juta orang rakyat? Itu sombong dan angkuh.
Bukan semua ke KLCC. Bukan semua beli iPhone. Bukan semua datang ke stadium. Bukan semua beli kasut adidas.
Cuba lihat dari mata burung. Rasailah keadaan mereka yang hidup di kampung-kampung.
Perasaan seorang cashier memberi resit harga coklat GODIVA + GST kepada pelanggan berstatus datin tidak sama dengan perasaan seorang cashier yang melihat seorang ibu meminta anaknya meletakkan gula gula mentos dirak apabila jumlah bayaran melebihi bajet di dompet.
Perasaan seorang pemandu kereta untuk CEO ketika membayar ratusan ringgit nilai minyak RON97 ditangki Mercedes tidak sama dengan perasaan seorang pakcik bekerja buruh yang menghitung syiling demi syiling mencukupkan jumlah untuk mengisi tangki karat kapcai sebelum menuju ke tempat kerja.
Perasaan seorang ibu yang mewah membekalkan bento beraneka juadah untuk anak makan disekolah tidak sama dengan anak-anak orang miskin yang berbaris di pili untuk minum selepas wang belanja dihabiskan untuk makan nasi goreng kosong atau sebatang sosej.
Cuba jadi orang orang desa..
Cuba rasai orang-orang marhaen..
Cuba bayangkan, adakah tidur mereka selena kita?
Cuba fikirkan, makanan tengahari mereka adakah sesedap jamahan kita?
Cukuplah dengan perbandingan-perbandingan bodoh yang keluar dari mulut-mulut menteri, pemimpin kaya-raya atau dari mulut orang yang ada kepentingan diri.
Jangan ditambah hiris luka hati rakyat.
Jangan berlagak sombong.
Takkan nak tunggu saat rakyat merempat, hidup melarat, mengemis dijalanan, hidup gelandangan, tidur beratap langit, berlantai tanah, baru nak sedar.
Semoga Allah timpakan balasan bagi mereka yang telah mati hatinya. Yang telah mati akalnya.
Oh miskinnya kami.
BACA INI JUGA: Kisah Orang Miskin, Orang Kaya