Xiaomi Mi Note 2 Pengganti Terbaik Samsung Galaxy Note 7

Setelah beberapa teaser yang dikeluarkan baru-baru ini, akhirnya Xiaomi Mi Note 2 telah dilancarkan. Model ini merupakan model kedua keluaran Xiaomi yang memfokuskan kepada flagship phablet.

Xiaomi Mi Note 2

Nama ‘Note’ pula diambil bersempena dengan menumpang populariti model Samsung iaitu Galaxy Note.

Seperti yang anda sedia maklum, Xiaomi sentiasa menekankan kepada kepentingan spesifikasi yang tinggi disamping penjualan pada harga yang rendah. Walabagaimanapun, melihat kepada spesifikasi Mi Note 2, kami agak terkejut Xiaomi mampu menghasilkan berikutan phablet ini sangat-sangat high spec berbanding jangkaan kami.

Skrin

Xiaomi Mi Note 2

Menggunakan tagline ‘Curved to impress’, Xiaomi Mi Note 2 hadir dengan skrin dwi-lengkung. Ya, konsep skrin yang sama dapat kita lihat pada Samsung Galaxy Note 7.

Lebih menarik, kedua-dua model ini berkongsi saiz skrin yans sama iaitu 5.7-inci. Penggunaan skrin OLED bakal memberikan warna yang terang dan vibrant buat pengguna.

Spesifikasi

Xiaomi Mi Note 2

Xiaomi Mi Note 2 menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 821 2.35GHz. Processor yang sangat pantas dan terbaru setakat ini.

Tidak cukup dengan itu, Xiaomi Mi Note 2 turut hadir dengan 2 variasi berbeza berdasarkan RAM dan storan yang berbeza.

Xiaomi Mi Note 2 RAM 4GB dengan storan 64GB manakala untuk spesifikasi high spec dilengkapi dengan RAM 6GB LPDDR4 RAM + 128GB UFS 2.0 ROM.

Berdasarkan spesifikasi yang diumumkan, jelas menunjukkan Xiaomi mahu menjadi ‘King of phablet’.

Kamera yang digunakan Mi Note 2 adalah 22.56MP high-resolution camera, disertakan dengan 4K video stabilization.

Untuk kamera depan pula, model ini dilengkapi dengan kamera 8-megapixel. Setakat ini, masih belum terdapat sample gambar daripada model ini, namun melihat kepada prestasi kamera Xiaomi Mi 5S, jelas Xiaomi telah banyak improve di bahagian kualiti gambar.

Dua warna yang diumumkan buat Mi Note 2 iaitu Piano Black dan Glacier Silver. Warna Piano Black tampak lebih elegant pada pandangan awal kami namun mungkin ada sedikit masalah dimana ia mudah terlekat dengan cap jari seperti iPhone 7 Jet Black berikutan permukaan yang glossy.

Sesuai dengan penggunaan skrin yang besar, Xiaomi Mi Note 2 dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 4070mAh.

Penggunaan teknologi Quick Charge 3.0 bakal membolehkan Mi Note 2 mendapat satu cas penuh dalam jangka masa yang singkat.

Harga

Xiaomi Mi Note 2

Dari segi harga, sememangnya Xiaomi bijak untuk menawarkan harga yang tidak masuk akal berbanding spesifikasi yang ditawarkan.

Mi Note 2 akan mula dijual dengan harga RMB 2799 (~RM 1721) untuk model RAM 4 GB dan 64 GB storage.

Buat anda yang mahukan spesifikasi yang lebih tinggi model RAM 6 GB dan 128 GB storage adalah yang terbaik buat anda.

Model ini akan mula dijual dengan harga RMB 3499 (~RM 2152). Harga mungkin sedikit tinggi apabila tiba di Malaysia namun boleh dikatakan masih rendah berbanding model-model phablet yang lain.

Adakah berbaloi?

Jika anda sudah terbiasa dengan interface MIUI serta impikan sebuah phablet dengan spesifikasi yang tinggi tanpa mahu berbelanja besar, Xiaomi Mi Note 2 mungkin pembelian paling berbaloi buat anda.

BACA INI JUGA: 7 Smartphone Alternatif Kepada Samsung Galaxy Note 7

Sumber: Thevocket