Tak Tahan Dikecam Akhirnya Faizz Nur Keluarkan Kenyataan Resmi|Saya mengambil pendekatan ini untuk memberikan penjelasan mengenai sidang media yang dilakukan oleh kakak saya,Datin yusnidah dan abang ipar saya Dato Roslan,seterusnya ulasan yang dikeluarkan oleh natizen terhadap saya,saya bukanlah gemar membuka permasalahan keluarga untuk dijadikan tatapan umum,tetapi melihat kepada tuntunan semasa dan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya yang dirasakan melampau berat dan apabila semua cerita diviralkan merujuk kepada sebelah pihak sahaja.
Hal ini memerlukan saya untuk tampil memberikan penjelasan namun saya tidak akan membuat kenyataan balas sidang media karena kes ini masih berjalan di mahkamah dan tindakan membuat kenyataan balas tersebut adalah satu kesalahan yang menghina mahkamah.
Kemalangan yang meragut jiwa abang saya dan isterinya pada 2 may 2015 lalu,cukup memberi kesan yang mendalam pada kami sekeluarga,saya merupakan antara adik beradik yang paling rapat dengan arwah.
Setelah tersebarnya berita kemalangan tersebut,ramai rakyat malaysia yang perihatin memberikan sumbangan ikhlas kepada Amira dan Aqila,sepanjang arwah abang saya dan arwah isterinya masih hidup,mereka tinggal bersama mak saya dan saya.
Arwah abang yang menjalankan perniagaan menguruskan permit dan visa saya menolong arwah abang saya menguruskan perniagaan tersebut,arwah telah meletakkan kepercayaan kepada saya untuk menguruskan legasi dan saya telah mengembangkan perniagaan tersebut.
Selepas pemergian arwah,Amira dan Qila tinggal bersama saya dan mak saya,kedua dua keluarga belah pihak ayah dan ibu amira dan Qila telah berbincang mengenai penjagaan Amira dan Qila.
Mak saya meminta izin puan wirda (nenek amira sebelah arwah ibunya) untuk menjaga dua anak ini dan mak saya menyatakan hasratnya untuk mempertanggung jawabkan penjagaan Amira dan Qila bersama sama alang yaitu abang n0 3 saya,karena alang merupakan seorang bapa yang sangat tegas dalam mendidik anak anak dan semua anak anaknya cemerlang dalam bidang akademi dan ada yang menghafaz 30 juz Alquran dan isteri alang juga adalah dua pupu kepada arwah ibu Amira dan Qila.
Kami sekeluarga sangat mementingkan tentang hala tuju pendidikan yang terbaik untuk anak anak ini.
Sewaktu perbincangan dijalankan,semua ahli keluarga bersetuju termasuk kakak saya,datin yusnidah mengenai penjagaan Amira dan Qila yang akan dijaga oleh mak saya dan alang serta isterinya.
Namun seminggu lepas pemergian arwah abang saya dan kakak saya bertegas untuk membawa pulang kedua anak anak ini kerumah mereka,apabila kami sekeluarga dan adik beradik yang lain ingin membawa Amira dan Qila pulang kepangkuan neneknya untuk dijaga bersama sama alang,kakak saya sering menyatakan alasan seperti membawa mereka berjalan jalan,membawa berjumpa artis dan sebagainya.
Tidak lama selepas itu,mak saya jatuh sakit dan kakak saya Yusnidah pada ketika itu bertindak membuat tuntutan di mahkamah tanpa berbincang dengan mak dan adik beradik yang lain bagi menuntut penjagaan sementara bagi Amira dan Qila,mahkamah memberikan hak penjagaan sementara kepada kakak saya.
Pada ketika iti Dato Roslan abang ipar saya ada menelefon saya menyuruh saya untuk memberikan keseluruhan duit derma rakyat malaysia kepadanya untuk di uruskan memandangkan beliau sedang menjaga Amira dan Qila pada waktu itu.
Pada hemat saya dan adik beradik lain ketika itu,kakak saya hanya mendapat hak penjagaan sementara dan saya hanya akan menyerahkan keseluruh wang sumbangan itu selepas keputusan mahkamah terhadap hak penjagaan kekal yang akan dikeluarkan (yang masih lagi berjalan di mahkamah)
Pada ogos 2015,kami sekeluarga kehilangan insan tersayang yaitu ibu kami tercinta,memandangkan usia kanak kanak ini masih kecil,perancangan yang betul perlu dilakukan dalam menguruskan perbelanjaan Amira dan Qila,kami sepakat adik beradik,kecuali kakak saya,perbelanjaan dikeluarkan mengikut keperluan semasa anak anak tersebut.
Saya menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh kakak saya yang hanya RM12.000 diberikan.
Begini ceritanya:
Kakak saya meminta wang sebanyak 12.000 daripada pemberian derma untuk dipergunakan bagi tujuan perbelanjaan menunaikan haji badal (arwah baba dan arwah ibu,amira dan qila) Fidyah dan wakaf selebihnya untuk kegunaan memberikan barang keperluan Amira dan Qila dan kami adik beradik sepakat memberikan padanya.
Tidak terhenti di situ sahaja.
Selepas itu duit perbelanjaan Amira da Qila diberikan secara konsisten kepada anak anak,pemberian duit belanja itu direkordkan dan duit belanja yang diserahkan kepada kakak saya ditanda tangani oleh kakak saya sendiri sebagai bukti penerimaan dengan saksi yang turut menandatangani dokumen tersebut.
Disamping itu juga,kakak saya dan suaminya membuat tuntutan lain di mahkamah termasuk tuntutan insurans peninggalan arwah,penjagaan anak,tuntunan nafkah,tuntunan faraid,dan segalan kes ini masih lagi berjalan di mahkamah dan tiada sembarang keputusan akhir lagi dibuat dan bertentangan seperti yang di hebohkan dilaman media sosial.
Mengenai tuntunan insurans setelah perbincangan bersama peguam pemerhati Mr leo,kami sekeluarga bersetuju termasuk kakak saya,tuntutan insurans akan dilakukan selepas pembicaraan kes Myv berakhir,namun selepas kakak saya mendapat hak penjagaan sementara,dia telah bertindak membuat tuntutan insurans peninggalan arwah abang saya secara terus menerus,bercanggah dengan apa yang dipersetujui keluarga kami sebelum ini yaitu tuntutan insurans hanya akan dibuat selepas segala kes mahkamah selesai.
Mengenai isu mufti yang dibangkitkan,saya meminta maaf di atas salah faham yang ditimbulkan kakak saya dan saya menafikan kenyataan tersebut karena saya tidak pernah membuat sembarang kenyataan seperti yang telah di hebohkan.
Cukup lah saya nyatakan bahwa natizen dan rakyat Malaysia perlu paham,memang mudah mana mana pihak membuat sembarang tuduhan yang tidak berasas dan memutar belitkan fakta,apabila pihak yang dituduh tidak diberikan ruang untuk membela diri secara telus dan rasional,karena itulah perkara ini diadili oleh mahkamah yang mulia dan bertauliah,yang akan mendengar dan mengadili fakta dan bukti kedua belah pihak,dan saya tidak boleh diadili oleh mahkamah pendapat umum(court of bublic opinion)
Tambahan lagi kes ini melibatkan masalah keluarga dan hanya keluarga kami sahaja yang tahu segala kisah disebalik dan aib pelbagai pihak yang tidak perlu didedahkan.
Sebagai waris keluarga yang amat menyayangi amira dan qila saya teah cuba untukmempertahankan dan menjaga kebajikan mereka dan kami adik beradik yang lain sepakat menyokong puan wirda (nenek kepada amira da qila sebelah arwah ibu mereka) untuk menjaga kanak kanak itu.dan saya serta keluarga akur dengan segala keputusan mahkamah yang mulia demi memelihara masa depan dan kepentingan kedua anak anak ini.
Terimakasih datin Yusnidah di atas keperihatinan anda menyelesaikan masalah keluarga dengan cara sebegini,secara terancang bersama suami anda.
Along,alang ,adik dan saya,hanya menjalan tuga secara tegas.Kini segalanya telah tercalar,maruah keluarga diruntun dan dipertontonkan secara terbuka,bukan ini yang arwah mak dan arwah uda inginkan,bukan ini ajaran arwah abah,bukan ini yang dipinta.
Terimakasih Faiz Nur 23.0ktober.2016.
http://ift.tt/2ee6TuY
Sumber: penhijaudaun
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih