Saharul ridzwan dan isteri bakal berbulan madu di mekah

1-Saharul-Ridzwan-Bakal-Berbulan-Madu-Di

Pelakon Saharul Ridzwan yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan baru-baru ini berkata, bahawa dia mahu pula berbulan madu bersama isterinya, Deena Emir di Mekah pada tahun hadapan.

BACA: Harap Tak Kaitkan Saya Lagi Dengan Saharul Ridzwan

Kalau nak cakap honeymoon betul-betul secara berdua belum lagi. Saya punya target nak pergi umrah. Baru sahaja lepas kahwin baru boleh daftar sebagai mahram. Insya-Allah, kalau ada rezeki pergi Mekah, katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Anugerah Melodi.

Sebelum ini, gambar-gambar Saharul dan isterinya itu melancong ke beberapa tempat seperti, Singapura, Batam dan Egypt adalah atas urusan bekerja dan ditemani oleh krew-krew penggambaran dan mempunyai jadual bagi setiap lokasi yang dilawati. Pengalaman bercuti berdua bersama isterinya belum dilakukannya lagi.

Saya pergi Singapura, Batam dan Egypt (Romantika) itu adalah bercuti sambil bekerja, di mana saya terikat dengan jadual dan itu bukanlah berbulan madu sangat. Kalau bercuti berdua saya belum ada pengalaman dan belum sampai lagi, ujarnya yang akan menjadikan Mekah sebagai lokasi rasmi untuk berbulan madu bersama isteri tercinta. (rtky/h)

adv.php?sid=332179965797



Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih