Boleh tahan juga dugaan Ruhainies sebagai seorang anak seni apabila tidak habis habis terpalit dengan kontroversi dan melalui ruangan Diva Interaktif di Kosmo! Online, nampaknya kali ini Ruhainies didakwa enggan memberi kerjasama dengan pelakon senior ketika berada di set penggambaran.
BACA: Memang Benar Pun Saya Dan Ruhainies Bercinta
Dengar-dengarnya, Ruhainies enggan berbincang dengan pelakon senior berkenaan mengenai babak-babak yang bakal dilakukan di depan kamera, sebaliknya gemar membuat hal sendiri pada waktu itu
Disebabkan itu, pelakon berkenaan berkecil hati dan enggan lagi bersembang dengan Ruhainies. Bertentang mata pun hanya sekiranya ada babak bersama. Jika tidak, memang kirim salam sajalah ceritanya, kongsi ruangan tersebut.
Kebenaran kisah sebenar hanya Ruhainies yang tahu dan pastinya pelakon baru ini juga turut mempunyai penjelasan sendiri terhadap perkara yang berlaku.
Perkara ini sememangnya bukan perkara yang baru. Dalam laporan portal berita lain sebelum ini juga turut mendedahkan bahawa terdapat segelintir bintang baru dalam industri seni yang kurang gemar untuk berkenalan di set penggambaran.
Apa pun, jika memang niatnya seseorang selebriti itu untuk mahu terus berada dalam industri, nasihat dan juga teguran daripada pelakon senior atau mereka yang terlebih dahulu makan garam haruslah diterima sebaiknya. (rtky/s)
SUMBER
kosmo! Online
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih