Ketahui Rahsia Cara Makan Pasangan Anda

Ada yang makan dengan cepat, pantas seolah-olah terlalu lapar. Ada juga yang makan dengan lambat sampai kita yang macam kasihan nak bantu telan makanan tu.

Makan

Tunggu dulu! Ketika meneman atau makan bersama-sama, anda mungkin boleh menafsir sifat dan personaliti diri seseorang melalui cara mereka makan, termasuk anda sendiri.

Makan dengan tenang

Wah! Skema habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu membuatkan kamu bosan. Geram pun ada.

Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'berminat' dengan makanan itu berbanding diri kamu.

Namun, di sebalik sikapnya ini, itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya.

Kamu satu-satunya bagi dia! Cewah!

Asyik belek makanan

Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat.

Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Tersusun rapi!

Usah risau, itu menandakan dia amat prihatin dalam setiap apa yang dilakukan.
Selain itu, dia memang serius dengan kamu. Jadi, usahlah diragui cintanya!

Serius ketika makan

Gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat.

Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hinggakan kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai!

Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya.

Hati-hati, nanti kamu tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak

Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak.

Itu menggambarkan dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu biasalah.

Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya.

Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam

Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'.

Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu sudah memang tabiat dia.

Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa.
Tengok saja setiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut

Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit hati juga kamu dibuatnya.

Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.

Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu.

Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Zodiak Wanita

Sumber: 1001rahsiadiri