Nursakinah Hilang di Perancis Sejak Ahad
KUALA LUMPUR: Norsakinah Naim, 19, pelajar Malaysia di Institute University of Technology (IUT) Roanne di Normandy, Perancis hilang sejak Ahad lalu, bukan Jumaat seperti dilaporkan sebelum ini.
#BH Online melaporkan, lokasi pelajar itu dipercayai hilang juga bukannya di Paris tetai Normandy di utara Perancis yang terletak kira-kira 140 km dari ibu kota negara tersebut.
#Menurut laporan, Norsakinah dikatakan keluar dari kediamannya pada jam 12 tengahhari waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) dan kehilangannya disedari rakan serumah kira-kira jam 8 malam waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).#
#Pegawai kedutaan Malaysia di Perancis ketika dihubungi berkata, sebaik menyedari kehilangan Norsakinah, rakannya itu terus menghubungi pihak kedutaan sebelum membuat laporan polis di Paris.#
#”Sejurus laporan polis dibuat, pihak kedutaan terus menghubungi keluarga mangsa bagi memaklumkan mengenai kehilangan Norsakinah.
#”Kita juga ada menghantar pegawai ke IUT untuk mendapatkan maklumat daripada pensyarah dan rakan-rakannya di sana. Di sana (Roanne), kita buat satu lagi laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.
#Beliau berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut dan menyerahkan kes itu kepada polis.
“Sebarang perkembangan terkini mengenai kehilangan Norsakinah akan dimaklumkan terus kepada keluarganya,” katanya#.
Sumber :BH Online
Sumber : Jam Getah
Sumber: jubahsemalam
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih