KUALA LUMPUR: Kes buli melibatkan pelajar sekolah terbaharu yang disahkan berlaku di Sabah, mula menjadi bualan netizen.
Cuma kini, yang hangat diperkata, salah siapa? Murid, ibu bapa atau pun guru dan pihak sekolah?
Ia masih dalam siasatan selepas satu laporan polis dibuat dan ia disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun. Kejadian dipercayaiberlaku di sebuah sekolah agama di Putatan, Sabah.
Kes ini masih di bawah siasatan dan polis masih mengenal pasti murid lelaki yang memukul mangsa.
Keluarga mangsa dilaporkan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang.
Video berdurasi 2.27 minit itu menunjukkan seorang murid lelaki memukul mangsa menggunakan kerusi plastik, selain menumbuk dan mencekik leher mangsa.
Sumber: ternyataviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih