Oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad
Sup ayam yang panas adalah hidangan yang boleh dibuat dengan mudah di rumah dan sangat baik diberikan kepada anak yang mengalami demam dan selsema.
Saya mencadangkan agar tidak perlu gunakan minyak untuk menumis bahan-bahan tumisan. Hanya masukkan bahan tumisan dalam air yang mendidih dalam periuk, bersama ayam yang telah dipotong dan herbat-herba yang lain. Potongan daging ayam sendiri akan menghasilkan minyak yang berkhasiat di dalam sup itu.
Dalam 2,000, para saintis di University of Nebraska Medical Center mengkaji kesan tindak balas sup ayam kepada kesan keradangan (inflammatory response). Mereka mendapati bahawa terdapat beberapa komponen dalam sup ayam yang dapat menghentikan kesan keradangan dalam tubuh, dengan itu mempercepatkan proses penyembuhan.
(Rujuk: Rennard BO, Erti RF, Gossman GL, Robbins RA, REnnard SI (October 2000). “Chicken Soup Inhibits Neutrophil CHemotaxis In Vitro”. Chest 118 (4): 1150-7)
Dalam satu kajian lain di Mount Sinai mendapati bahawa, hidangan sup ayam yang panas dapat membantu peredaran udara dalam hidung dengan baik dan mencairkan lendiran hingus yang pekat dalam hidung.
Sup ayam juga merangsang pergerakan dan sel-sel cilia yang berada di sepanjang saluran pernafasan. Dengan ini memudahkan kahak yang pekat dikeluarkan dari hidung dan tekak seperti yang dilaporkan dalam tahun 1998 di dalam ‘Coping With Allergies and Asthma’.
Walaupun hasil kajian-kajian ini tidak begitu sahih, namun hidungan sup ayam yang panas mempunyai banyak nutrisi, meningkat hidrasi dan membuka selera kepada pesakit yang mengalami demam dan selsema. Tidak rugi untuk mencuba dan ia tidak memudaratkan. – Dr Zubaidi Hj Ahmad | The Reporter
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih