Sayu : Sayang pergi dulu abang..5 tahun kita bersama .. dia maut kemalangan awal pagi tadi (8Gambar)
LUNDU : 10 Sept 2016 lalu genap 5 tahun usia perkahwinan Cikgu Noriza dan suami, hari ni usia perkahwinan mereka 5tahun 16 hari, Cikgu Noriza pergi buat selamanya dia ditimpa musibah kemalangan awal pagi tadi.#
Apa yang berlaku amat mengejutkan terutama suami arwah yang mana baru 16 hari menyambut ulangtahun perkahwinan isteri yang bersama 5 tahun telah dijemput ilahi., semoga suami ini terus tabah.#
Dalam pada itu akhbar melaporkan seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Sungai Rayu, Feri Rambungan disini pagi #tadi.
10.9.201110.9.2016. 5 tahun dah kita hidup bersama….# Disaat aku sik tauk nak madah apa.. cuma ada satu hal yang membuat aku bahagia, kerna aku dan kau adalah dua insan yang memiliki satu harapan untuk tetap terus bersama.semoga perasaan cinta dan ikatan perkahwinan kta berkekalan hinnga ke jannah…. Happy Anniversary bbSri Clark.. Semoga trus bertahan…bersabar dgan sikap..dengan mulut cerobeh ku….dengan segala tingkah laku ku yg kadang2 nyakit ati….hehehhe..# Luv u oiiii…… # |
Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 5.30 pagi itu, dua buah kereta yang dipandu dua orang guru masing-masing dalam perjalanan menuju ke sekolah di sini.#
Mangsa Noriza Mohammad merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Lundu memandu kereta jenis Perodua Viva manakala mangsa kedua yang tersepit dalam kereta jenis Proton Persona dikenali sebagai Rabiatul Jannah Shariman yang juga seorang guru bertugas di SMK Sematan.#
Menurut jurucakap bomba, sekumpulan anggota dari balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Petrajaya terletak lebih kurang 30 kilometer dari lokasi kejadian dikerahkan sejurus laporan diterima.#
Setibanya anggota kami ke lokasi kejadi mendapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan dan seorang daripada mangsa dari kereta Perodua Viva disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius manakala mangsa dari kereta Proton Persona ditemui tersepit di tempat duduk pemandu, katanya.#
Sehingga berita ini ditulis, nasib keadaan dari kenderaan yang ketiga masih tidak diketahui,#
Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.#
Sumber : Jam Getah
Sumber: jubahsemalam
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih