MELAKA – Seorang remaja perempuan membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di atas pertuduhan menyebabkan kematian anak yang baru dilahirkannya, lapor Harian Metro.
Tertuduh, Nuruljannah Azalan, 18, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.
Nuruljannah didakwa membunuh bayi perempuannya dengan menutup mulut dan membalutnya dengan tilam toto di rumah di Bukit Palah, jam 6 pagi, 20 September lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda jika sabit kesalahan.
Video: News English
Peguam yang mewakili tertuduh, Andrew Lourdes merayu agar anak guamnya dibenarkan diikat jamin atas alasan tertuduh masih remaja.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Oktober depan untuk tarikh sebutan semula dan serahan dokumen. – The Reporter
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih