Nak Tahu Mengapa Servis Di Klinikklinik Kerajaan Sangat Lembab Ini Sebabnya

klinik

Isu ini merupakan antara isu yang sering diluahkan di laman sosial. Ianya merupakan isu yang tiada kesudahan. Baik di sektor kerajaan, mahupun swasta, servis klinik tidak dapat lari dari aduan ini.

Sebagai orang awam, dalam sebulan, berapa kali kah purata anda datang ke klinik? Mungkin sekali, mungkin dua kali. Jadi anda mungkin tidak biasa dengan situasi yang kami alami sebagai kakitangan. Oleh itu hari ini kami kongsikan penulisan Dr. Effy Saiful bagi menceritakan bagaimanakah situasi hari-hari biasa di sesebuah klinik.

Di Klinik Kesihatan yang sangat sibuk, di mana seorang doktor melihat sekitar 80 (pada hari-hari lengang) dan 100++ (pada hari-hari yang sibuk), setiap saat sangatlah berharga. Kerana daripada 8am-5pm (8 jam bekerja), setiap jam sekurang-kurangnya 10-12 pesakit perlu dilihat. Bererti satu pesakit hanya boleh dilihat sekitar 5-6 minit sahaja maksimum. Itu pun jika semuanya berjalan dengan lancar, tidak sangkut dengan kes-kes kecemasan atau kes-kes rumit yang boleh mengambil masa 15-30 minit.

nak-tahu-mengapa-servis-di-klinik-klinik-kerajaan-sangat-lembab-ini-sebabnya

Kebiasaannya, kes-kes biasa boleh dilihat dengan pantas, jika pesakit memberi kerjasama dan membuat persiapan tentang apa yang hendak diberitahu kepada doktor tentang penyakitnya.

Namun rata-rata pesakit enggan bekerjasama dan datang tanpa persiapan dan fokus yang tajam. Maka ia akan memakan sekitar 10-20 minit bagi kes-kes simple.

Kebiasaannya kronologinya begini:

[Minit 0:00]

klinik2

Panggil nombor pesakit.. nombor telahpun dipaparkan di skrin dan disebut menerusi pembesar suara.. 10 saat.. 15 saat.. 25 saat.. 45 saat.. barulah pesakit masuk.. kadang-kadang bersendirian.. kadangkala bersama satu keluarga dan anak-anak kecil atau abang/kakak/pakcik/kawan/boyfriend/girlfriend yang tiada kena mengena..
Yang tak sakit boleh tunggu di luar ye.. bilik ni penuh nanti tak muat..
Bukan itu sahaja, privacy pesakit juga perlulah dijaga.. kadangkala ada maklumat sulit yang membantu diagnosis tetapi tidak akan disebut jika ayah/emak/suami/isteri ada disisi..
Nah abang pegang beg mama.. pastu bawak adik tunggu kat luar dengan ayah.

[Minit 1:20]

Duduk di kerusi dengan muka masam. Tiada ucapan salam sejahtera mahupun selamat pagi. Tak mengapa.
Selamat pagi puan. Kad rawatan mana?
Oh kejap ya doktor. Tertinggal dalam beg tangan kat luar.
Keluar bilik Masuk bilik semula 30 saat kemudian.

[Minit 2:00]

Puan datang sebab apa ya?
Demam.
Ada batuk, selsema?
Terdiam.. Fikir 5 saat. Ada la kadang-kadang.
Batuk ke, selsema? Kadang-kadang tu bila?
Batuk ada sikit-sikit. Selsema pun ada.
Sakit perut?
Terdiam.. Fikir 5 saat. Bulan lepas ada.
Bulan lepas buat apa, puan. Saya nak tahu harini punya cerita. Cirit birit, muntah?
Terdiam.. Fikir 5 saat. Badan semua sakit-sakit la doktor.
Puan, tak jawab lagi soalan saya. Cirit birit, muntah ada tak?
Terdiam.. Fikir 5 saat. Tak ada. Saya nak MC eh doktor. Saya kerja Singapore.
Eh, nanti la kejap. Saya nak periksa dulu ni. Kalau betul-betul sakit nanti barulah saya bagi MC. Demam dah berapa hari ni?
Sejak balik dari kampung haritu.
Puan, saya tak tahu bila puan balik kampung haritu. Dah berapa hari sebenarnya ni?
Ada lah 2-3 hari lepas.
2 ke, 3 hari?
Entahlah doktor saya pun tak ingat.
Sebab kalau 3 hari, puan kena ambil darah, takut denggi.
Terdiam.. Fikir 5 saat. 2 hari lah doktor.
.

[Minit 6:00]

Physical examination. Mula dengan general examination. Pulse volume. CRT. Suhu tertulis 36.5C. Tak demam pun.
Kemudian throat examination. Bukak mulut besar-besar ye puan.
Bukak separuh mulut. Nampak hujung lidah.
Puan, bukak besar-besar sikit. Saya nak tengok tekak ni.
Bukak besar sikit. Still tak nampak belakang throat. Mallampati 4 nampaknya.
Cakap aaaaa.
Diam 5 saat sambil mulut ternganga.
Puan, cakap aaaaa.
Aa.
Cakap aaaa lama-lama.
Aa lama lama.
Bukan, maksud saya cakap aaaaaaaa. Sebut tu lama-lama sikit.
Aaaaa.
Throat still tak nampak. Capai tongue depressor.
Cakap aaa lagi sekali.
Aaaaa.
Ok. Injected. Tonsils normal. Amek stethoscope. Puan duduk dekat sikit, saya nak dengar paru-paru.
Terpaku 3 saat.
Puan, duduk dekat sikit. Saya nak dengar paru-paru.
Anjak kerusi dekat sikit.
Lagi sikit.
Anjak kerusi dekat sikit.
Tarik nafas.
Diam 5 saat. Doktor menunggu sambil stetoskop terlekat di dada.
Puan, tarik nafas.
Belakang saya pun sakit jugak la doktor. Tak boleh tidur.
Puan, sebentar ye. Jangan bercakap. Saya tengah dengar paru-paru ni. Tarik nafas.
Tarik sikit.
Tarik nafas dalam-dalam.
Tarik dalam sikit. Batuk ke muka doktor.
Puan, kenapa batuk kat muka saya niiii.

[Minit 10:00]

Puan ada masalah kesihatan apa-apa sebelum ni?
Terdiam 5 saat. Sakit-sakit kaki la kadang-kadang.
Bukan, maksud saya, ada kencing manis ke, darah tinggi ke.
Kencing manis takde.
Darah tinggi? Masalah jantung?
Dulu doktor klinik swasta pernah bagi ubat.
Ubat apa dia bagi?
Entahlah doktor. Satu warna putih-putih bujur. Satu lagi warna oren bulat-bulat.
Alamak puan. Kita ada beratus-ratus ubat putih bulat bujur. Ada bawak contoh tak?
Takde, doktor. Dah habis.
Selak-selak dokumen lama. Ternampak SC Mixtard 26iu BD.
Eh ni pernah amek insulin ni puan. Kata tadi takde kencing manis?
Tu dulu doktor. Lepas tu dah tak amek ubat lagi.
Berapa lama tak amek ubat?
Lama la jugak.
Lama tu subjektif, puan. Kena lebih spesifik lagi. Seminggu, sebulan, atau setahun?
Ada la 2-3 tahun.
. Seorang pesakit dari luar buka pintu. Doktor, nombor ni kenapa tak panggil-panggil lagi. Lama saya tunggu ni.
Encik nombor berapa?
015.
Sebentar encik. Ni baru nombor 001. Ada 14 orang lagi queue.

[Minit 16:00]

Ok puan. Saya dah tuliskan semua ubat. Nanti pegi ke kaunter 7 untuk buat appointment kencing manis. Kemudian ke farmasi untuk ambil ubat.
Doktor boleh mintak sekali tak ubat untuk kulat air ni. Celah-celah kaki saya ni, gatalll.
Hmm ok nah.
Lepas tu doktor, nak jugak ubat kebas-kebas tangan ni.
Ok nah.
Ubat sapu ada tak untuk sakit-sakit otot ni.
..Nah.
Vitamin C boleh dapat tak, doktor?
Vitamin C kita bagi untuk wanita mengandung sahaja, puan. Kalau puan nak boleh beli sendiri kat farmasi luar, ok.
Bangun dari kerusi. Tiada ucapan terima kasih atau penghargaan. Sampai di pintu, Jap doktor. MC saya tadi mana?
.. Puan kerja apa?
Singapore.
Maksud saya jawatan puan. Bukan kerja di mana.
Bahagian pemasaran. Nak MC semalam, harini dengan esok sekali ye doktor.

[Minit 20:00]

Finally.. Selesai satu patient.
Panggil nombor seterusnya: 002.
Selamat pagi aunty. Silakan duduk.

Kemudian repeat proses di atas dari mula sampai habis kira-kira 80-100 kali lagi. Jangan lupa cuba bayangkan juga situasi di atas dalam keadaan pesakit merupakan seorang warga asing, di mana kami mengalami limitasi dari segi komunikasi.

DISCLAIMER : Penulisan di atas hanyalah rekaan semata-mata berdasarkan kebanyakan situasi sebenar yang berlaku. Ianya tidak ada kena mengena samada bagi yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Kami kongsikan cerita ini semata-mata bagi memberikan gambaran situasi sebenar di sesebuah klinik, ianya bukanlah untuk tujuan rungutan dan sebagainya.

Sumber :The Dressar & Co

Sumber: kisahbenarviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih