Kisah Sebenar Yang Berlaku Tentang Video Viral Anak Dipisahkan Dengan Ibu

Kisah Sebenar Yang Berlaku Tentang Video Viral Anak Dipisahkan Dengan Ibu

sm%2Bfaisallll.jpg

Satu video telah menjadi viral yang menunjukkan anak dan ibu cuba dipisahkan di mahkamah.

Video yang dirakam menunjukkan ibu enggan melepaskan anaknya dibawa oleh si suami sehingga ibu dan anak terjatuh berdakapan di atas lantai.

Sekiranya kita menonton video tersebut, sudah pasti ramai yang menghentam si ayah kerana cuba memisahkan ibu dan anak.

Rupa-rupanya ini adalah kisah Datuk SM Faisal dan bekas isterinya. Datuk SM Faisal telahpun menjelaskan perkara sebenar dan tiada istilah untuk memisahkan anak dan bekas isterinya itu.

Ini penjelasan dari Datuk SM Faisal:

Saya bukanlah seorang individu yang gemar menghebahkan urusan peribadi dan keluarga saya di mata umum, namun selepas sebuah video dihebahkan dan mendapat pelbagai ulasan daripada netizens, saya terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam insiden tersebut.

Saya telah ke Mahkamah Syariah atas perintah penghinaan mahkamah (contempt matter) terhadap bekas isteri saya yang gagal hadir ke prosiding sebelumnya.

Saya pergi bersama ibu, adik lelaki dan adik perempuan saya, kerana ibu dan adik-adik saya mahu bertemu dengan cucu dan anak-anak saudara yang dirindui.


Terdapat ramai wakil daripada pihak bekas isteri saya yang turut hadir, termasuk beberapa orang individu yang merakamkan segala yang berlaku dalam kamar Mahkamah.

Pada penghujung prosiding, pihak Mahkamah memberi kebenaran kepada saya untuk membawa pulang tiga orang anak-anak saya selama satu hari sahaja.

Walaupun untuk sehari sahaja, saya amatlah gembira. Namun, disebabkan anak sulong saya tidak sihat, pihak mahkamah setuju membenarkan dia untuk tinggal bersama ibunya.

Keluarga pihak bekas isteri telah melaungkan kata-kata nista terhadap saya dan keluarga.

Saya tidak bertindak berkata apa-apa kerana saya hadir ke mahkamah dengan tujuan untuk bertemu dengan ketiga-tiga orang anak saya yang sangat saya rindui…

Selesai prosiding, bekas isteri saya telah menunjukkan keengganan beliau melepaskan anak-anak. Kejadian ini telah menyebabkan anak-anak saya berasa bingung, keliru dan takut.

Dalam kejadian inilah bekas isteri saya tiba-tiba rebah ke lantai sambil mendakap anak saya dengan kuat. Kejadian yang disaksikan ramai orang di dalam mahkamah telah menyebabkan anak saya terus ketakutan.

Kejadian ini telah dirakam oleh individu tadi dari sudut belakang. Saya tidak bertindak ganas, sebaliknya saya telah merayu kepada bekas isteri saya untuk membenarkan saya berjumpa dengan anak saya itu sambil saya menghulurkan tangan untuk mendakap anak saya.

Melihat kepada riak wajah anak saya, saya tahu saya tidak akan dapat membawa pulang anak saya pada hari itu.

Saya hanya dapat membawa pulang anak bongsu saya, dan saya amat bersyukur. Saya sempat meluangkan masa bersamanya, membawanya berjumpa dengan sepupu-sepupunya dan melepaskan rindu saya yang teramat terhadap anak bongsu saya itu.


Pada keesokan harinya, seperti yang diarahkan oleh pihak Mahkamah, saya telah menyerahkan semula anak saya itu kepada penjagaan bekas isteri saya.

Saya merayu agar pihak media atau masyarakat tidak menggembar-gemburkan perkara ini kerana ia adalah urusan peribadi dan keluarga saya.

Walaupun ada pihak yang sengaja membesar-besarkan perkara ini demi publisiti atau apa pun niat yang lain, saya bersama keluarga saya akan terus tabah dan akur kepada keputusan pihak Mahkamah.

Sebagai seorang bapa, saya hanya mahukan penyelesaian yang cepat dan adil demi kebajikan dan masa depan anak-anak saya

Sumber: beritamemey

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih