Kuala Lumpur: Pelakon, Elfira Loy dimasukkan ke hospital di Cheras, di sini, malam tadi akibat gastrik Elfira, 22, berkata, dia tiba-tiba sakit perut dan terus ke hospital berkenaan untuk membuat pemeriksaan petang semalam Saya sepatutnya dimasukkan ke wad pada waktu itu juga, tetapi saya meminta pelepasan daripada doktor untuk hadir ke satu majlis terlebih dahulu Bagaimanapun, ketika berada di majlis itu, sakit perut semakin menjadi-jadi dan saya terus dibawa ke hospital berkenaan. Saya kemudian terpaksa ditahan di wad kira-kira jam 9 malam, katanya kepada Harian Metro Menurut Elfira, doktor memaklumkan dia sudah dijangkiti kuman disebabkan gastrik itu Kalau gastrik biasa, kebiasaannya tidak akan ditahan lama di wad terlalu lama tetapi disebabkan ada jangkitan kuman, saya terpaksa ditahan untuk pemeriksaan lanjut Doktor juga belum memaklumkan bila saya boleh dibenarkan pulang. Apa pun, semuanya bergantung kepada keadaan kesihatansaya,katanya Elfira kini sedang menjalani rawatan turut ditemani keluarganya di hospital |
Sumber: ternyataviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih