Awas dengan duit palsu RM100 baru cara beza
KECOH LAGI.. Minggu lepas di Bukit Gambir Johor minggu ini di Sungai Petani kedah, Seorang Kakitangan institusi kewangan terkemuka di utara tanah air yang tidak mahu namanya dikenali telah melapurkan pihaknya telah menemui sejumlah wang palsu RM 100 dan telah disahkan palsu melalui mesin pengimbas wang mereka. Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati kerana pihaknya mempercayai sejumlah wang palsu sedang giat di edarkan secara besar-besaran di negeri-negeri utara tanahair,
Beberapa peniaga kedai makanan di Kampung Batu 20, Sengkang, Bukit Gambir,Johor mendakwa menjadi mangsa penipuan wang palsu RM100 oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pelanggan pada minggu lalu
Mangsa menunjukkan perbandingan wang palsu RM100 (kanan) yang diterima daripada pelanggan dan wang RM100 tulen
Salah seorang peniaga terlibat, Rahmah Khamis,mendakwa ketika sibuk melayan pelanggan pukul 8.30 pagi, Rabu lalu, dia telah didatangi seorang wanita yang tidak dikenali membeli tiga bungkus nasi lemak dan lontong di kedainya
Menurutnya, kesemua makanan tersebut berharga RM11 dan wanita terbabit menyerahkan wang kertas RM100 yang kelihatan baharu serta langsung tidak menampakkan ia wang palsu sebelum menyimpannya di dalam laci
Cara Mengesan Wang Kertas Palsu
Kesemua wang kertas palsu moden dapat dikenali tanpa terlalu banyak kesukaran. Perbezaan tersebut dapat dilihat apabila memeriksa dengan lebih dekat yakni mengaplikasikan prinsip RASA, LIHAT, dan CONDONG
Mengesan kepalsuan: Rasa
Rasai kualiti kertas
TULEN
Wang kertas tulen biasanya dicetak di atas kertas yang bermutu tinggi dan diperbuat daripada kapas. Ia mempunyai rasa unik, bunyi rapuh dan sedikit kesat di kawasan yang banyak dicetak
PALSU
Kertas yang digunakan untuk membuat wang palsu kelihatan buruk kualitinya, umumnya kebanyakan jenis kertas komersial
Rasai cetakan ukiran benam
TULEN
Cetakan ukiran benam akibat percetakan timbul yang dihasilkan dengan menggunakan lapisan dakwat sentuhan pada pelbagai bahagian depan dan belakang not kertas
PALSU
Wang kertas palsu tidak mempunyai rasa cetakan timbul
Mengesan kepalsuan: Lihat
Lihatlah wang kertas dan halakannya kepada cahaya
TULEN
Wang kertas tulen mengandungi potret watermark, benang keselamatan dan kelihatan sempurna ciri-cirinya. Potret watermark Yang DiPertuan Agong mempunyai 3 kesan dimensi dan kelihatan lembut dan redup tanpa garis bentuk tajam potret. Pada dasar watermark beberapa denominasi iaitu nombor denominasi dapat dilihat dengan jelas. Benang keselamatan akan sentiasa kelihatan tertanam dalam wang tersebut. Bunga raya pada bahagian depan sempurna selaras dengan bunga yang sama pada bahagian belakang wang kertas
PALSU
Watermark palsu tidak kelihatan. Jika ada, kelihatannya seperti lukisan. Benang keselamatan adalah tiruan dan agak kabur, dan mudah ditanggalkan. Kelihatan ciri-ciri tidak sempurna larasnya dengan corak pada bahagian belakang wang kertas.
Melihat di bawah kanta pembesar
TULEN
Anda boleh melihat huruf mikro di depan dan bahagian belakang semua wang kertas. Huruf pada wang kertas tulen seharusnya tajam dan tidak kabur
PALSU
Perkataan huruf mikro BANK NEGARA MALAYSIA, BNM dan denominasi wang kertas iaitu RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 tidak ada, hanya titik-titik dicetak untuk meniru ciri-ciri ini
Lihat menggunakan cahaya ultra-ungu
TULEN
Elemen fluorescent halimunan mewakili pelbagai elemen latar belakang di bahagian depan dan belakang dalam warna yang berbeza. Pelbagai elemen dapat ditangkap di bawah cahaya UV seperti gentian halimunan dan pemancaran cahaya berbentuk empat segi
PALSU
Di bawah cahaya UV, gentian halimunan dan pemancaran cahaya berbentuk empat segi sepenuhnya hilang dalam not palsu. Kertas palsu adalah terang cahaya UV, bermakna bahawa ia bercahaya lebih daripada wang kertas tulen
Mengesan kepalsuan: Condong
Condongkan Wang Kertas Itu
1. Ciri LEAD (pada RM10, RM50 dan RM100). Anda boleh melihat jalur berwarna-warni bersinar di bawah cahaya terang dan menunjukkan denominasi wang kertas dan nama BNM apabila sudut pandangan dialihkan
2. Ciri LEAD adalah amat sukar untuk dipalsukan. Biasanya sinaran LEAD tidak dapat dilihat. Sesetengah pemalsu akan cuba menirunya dengan menggunakan kerajang berkilat
3. Ciri PEAK. Apabila sudut pandangan diubah dengan mengalihkan wang kertas, imej tersembunyi yakni nombor denominasi iaitu 50 akan terdedah di tengah empat segi PEAK
4. Tiada imej terpendam denominasi dalam ciri PEAK atau beberapa peniruan imej yang telah dicuba
> K1ik jika rasa post ini patut dibuangArtikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih
Sumber: superkiram
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih