Allah Allah Allah.. Sedih tengok keadaan budak yang kena pukul tu. Dia budak darjah 6. Yang pukul tu budak darjah 6 gak. Sekarang dia di hospital x kritikal. Tp Kesian sangat2. Budak tu didapati telah dapat……… Korang baca sendiri.. Nangis =(
VIRAL Kena PUKUL. Inilah Keadaan Mangsa BULI Di Hospital Yang Buat Ramai MARAH !!!| Sebuah rakaman video yang menunjukan kes buli di sebuah sekolah tersebar dengan meluas di media sosial. Video berdurasi satu minit dan 34 saat itu menunjukkan dua pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah baju Melayu, bergaduh di dalam kelas.
Gambar2 ini diambil pada kes buli yang lain. Bukan kes buli di Sabah. Harap Maklum.
Pembuli dilihat menumbuk, menendang, memukul dan melemparkan kerusi ke arah mangsa. Mangsa juga dipukul sehingga terjatuh dan apabila dia cuba untuk bangun, pembuli dilihat mencekik dan menampar mukanya, sekali lagi.
Bagaimanapun, mangsa tidak cuba untuk melawan, malah hanya berdiam diri. Sementara itu, rakan-rakan sekelas yang lain pula hanya berdiri di sekeliling dan menonton pergaduhan itu. Ada yang ketawa, dan ada yang sibuk merakam pergaduhan tersebut dengan menggunakan telefon bimbit mereka.
Lebih menyedihkan, tiada seorang pelajar yang tampil menolong mangsa tersebut.
Hanya di saat-saat terakhir video berkenaan, seorang pelajar cuba meleraikan pergaduhan itu dengan berkata Sudahlah, tetapi pembuli tidak berhenti menyerang mangsa itu.
Tempat dan tarikh kejadian masih belum dikenal pasti. Video itu telah menerima kritikan hebat dari pengguna Facebook, di mana kebanyakan mereka menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat video ini dan mengambil tindakan secepat mungkin.
UPDATE
Gambar yang tersebar tentang budak cedera parah masuk ICU tu pergaduhan lain. Bukan yang baru viral ini. Pergaduhan yang tercetus antara dua pelajar sekolah di sini; yang menjadi viral di media sosial dipercayai tercetus akibat tindakan mangsa yang mengusik mengenai arwah bapa pembuli.Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley Hobden, kedua-dua pelajar itu berusia 12 tahun dan kini sedang menduduki ujian UPSR.
Kedua-dua mereka telah dipanggil untuk memberi keterangan. Tambahnya, ibu bapa mangsa baru sahaja membuat laporan polis pada Selasa berhubung kes buli yang berlaku pada 30 Ogos lalu.
Kami sudah merekodkan kenyataan daripada kedua belah pihak dan beberapa saksi, kata Rosley. Beliau berkata, pelajar tersebut marah dengan tindakan mangsa yang didakwa mengusik mengenai arwah bapanya.Tiada sebarang kecederaan serius berlaku pada mangsa dan juga tiada motif lain dalam pergaduhan ini, tambah beliau sebagaimana lapor mStar Online.
Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. KREDIT ASTRO AWANI AND SIAKEPKELII
Sumber: jubahsemalam
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih