Oleh Puteri Zahararina Zulan
Debab vs Kurus
Ada anak breastfeed, debab. Ketul-ketul tangan dan memang comel sangat. Ada anak breastfeed, kurus. Tangan dan kaki tak berketul-ketul tetapi comel ke tidak? Anak kita, mestilah lagi comel kan?
Ada mulut sesetengah orang memang macam bertih jagung, melantun-lantun. Selagi anak orang itu nampak halus saja, tak debab seperti anak dia, selagi itu dia susah hati. Bagus orang seperti ini, prihatin sangat.
Debab ke, kurus ke, itu genetik. Jika mak ayah kurus, nak buat macam mana? Jika anak sudah makan sayur, buah-buahan, nasi, makanan berkhasiat, kenapa kita perlu risau? Kita sebagai mak ayah pasti lebih tahu anak itu sihat atau sebaliknya.
Kurus itu bukan penyakit. Debab itu pun bukan penyakit. Tetapi tengoklah juga pada faktor pemakanan. Kalau gula, gula dan gula, jangan claim itu sihat. Itu kemungkinan diabetes.
Diabetes kanak-kanak di Malaysia 13.8%, sangat tinggi. Jadi, apa yang perlu kita risau sekarang ini? Anak kita kurus atau mulut orang?
Mulut orang memang susah kita nak tahan. Kalaulah boleh, kita tekap terus mulut mereka dengan tangan supaya jangan berkata-kata tentang anak kita.
Tetapi itulah kehidupan. Kira warna-warni kehidupan. Takkan nak warna cerah-cerah saja, pasti ada juga warna comot-gelap ini untuk membuatkan kita sebagai ibu bapa menjadi lebih tabah.
Selagi anak sihat, makan berkhasiat, aktif, jangan risau. Usah dipedulikan apa yang mereka kata. Bersyukur dan senyum sahaja. – Puteri Zahararina Zulan | PIXEL MEDIA
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih