Zila dicerai kerana tak mahu masak

Rumah tangga bintang Akademi Fantasia (AF), Zila Seeron musnah selepas suaminya, Along Cham marah kerana isterinya tidak mahu memasak sehingga memaksa pelawak terkenal itu memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Along membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah semalam yang kemudiannya membenarkan permohonan cerai itu.

2c6oaon

Zila atau nama sebenarnya, Nur Azilah Seeron, 28, diceraikan Along dengan talak satu pada pukul 10.40 pagi semalam mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Terdahulu semasa prosiding, Abd. Halim bertanya kepada Along sebab utama mengapa beliau mahu bercerai.

Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, kemudian memberitahu, Zila tidak suka ditegur apabila tidak memasak untuk anak mereka.

Sebabnya adalah sesuatu yang kelakar, dia tidak suka saya marah atau menegurnya kerana tidak memasak, kata plaintif itu ringkas. – KOSMO

> K1ik jika rasa post ini patut dibuangArtikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih

Sumber: superkiram

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih