Turki & Russia Pulih Hubungan: Erdogan & Putin Pilih Damai
Published on Aug 10, 2016 in Politik/Utama & Sensasi
HUBUNGANTurki dan Russia kini melangkah ke era baharu selepas kegagalan rampasan kuasa tentera di Ankara dan Istanbul pada 15 Julai lalu. Satu perkembangan yang pasti membimbangkan sekutu Barat.
Pertemuan Reccep Tayyep Erdogan dan Vladamir Putin pada 8 Ogos di St. Petersburg memberi gambaran: Turki bersedia mengalih hala tuju politik menyokong Blok Russia.
Hubungan ini mencipta era baharu, kata Erdogan.
Malah, tindakan ini dilihat sebagai langkah drastik Ankara serta isyarat protes dan hilang keyakinan Turki terhadap hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS).
Ankara menuduh AS terbabit dengan menyokong Fethullah Gulen dalam kempen menjatuhkan Erdogan.
Gulen, musuh politik Erdogan yang mendapat perlindungan di AS, disyaki dalang rampasan kuasa yang menyebabkan lebih 200 orang terbunuh. Malah, Ankara secara terbuka menuduh AS terlibat dalam kudeta 24 jam itu.
Pada pertemuan itu, Putin berjanji menarik balik sekatan ekonomi berikutan kejadian tentera Turki menembak jatuh pesawat Russia pada November 2015, dalam satu kejadian di ruang udara sempadan Syria.
Malah, tindakan ini juga menggambarkan Turki bersedia menarik diri dari kempen menyertai Kesatuan Eropah yang merupakan sekutu utama AS.
Hubungan baharu dua negara ini pasti memberikan kesan pada kerjasama Turki dan AS dalam memerangi keganasan Daesh di Syria.
Turki membenarkan jet pejuang AS menggunakan ruang udaranya dalam misi menyerang kubu Daesh di Syria.
Malah, apakah Turki bakal menyokong kempen Moskow mempertahankan Rejim Bashar Assad?
Dunia sedang menanti perkembangan seterusnya. MYNEWSHUB.CC
Tags: ErdoganputinRussiaTurki
Anda Juga Mungkin Berminat
Jul 21, 2016
Erdogan Isytihar Darurat 3 Bulan Pascacubaan Kudeta
ANKARA Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat di negaranya selama tiga bulan susulan cubaan
Jul 19, 2016
Misi Sebenar Adalah Plot Membunuh Erdogan!
AGAK ngeri mendengar pelbagai pendedahan yang dibuat Presiden Turki, Racep Tayyib Erdogan ketika menghadapi detik-detik rampasan
Jul 17, 2016
Erdogan Buat Turki Dicemburui, Ini Sebabnya!
*Artikel asal penulis Jordan, Ihsan Al Faqih (media Achahed). 1. Produk domestik nasional Turki pada tahun
Post navigation
Previous Story Previous post: Kedah, Kelantan Layak Ke Suku Akhir Piala MalaysiaNext Story Next post: Sejuta Umat Islam Bakal Penuhi Masjid Nabawi
Terkini dari Politik
Aug 9, 2016
Andre Xavier Justo Dapat Pengampunan Diraja
BANGKOK Warga Switzerland Andre Xavier Justo, yang dijatuhi hukuman penjara tiga Aug 9, 2016
ROS Akan Bertindak Profesional Teliti Pendaftaran Bersatu
PUTRAJAYA Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan bertindak secara profesional dan mengikut Aug 9, 2016
Muhyiddin Serah Borang Parti Kepada ROS
PUTRAJAYA Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyerahkan Aug 9, 2016
Pemuda PAS Kedah Buat Laporan Polis Terhadap Sarawak Report
ALOR SETAR Pemuda PAS Kedah hari ini membuat laporan polis terhadap Aug 9, 2016
DUN Sabah Lulus RUU Tambah 13 Anggota DUN
KOTA KINABALU Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my
Kategori
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautKerajaankes bunuhKhairy JamaluddinlelakiMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih