Tak mudah uruskan kembar fad bocey hargai isteri

2-Tak-Mudah-Uruskan-Kembar-Fad-Bocey-Har

Sejak bergelar bapa, pelawak Fad Bocey mengakui bukan mudah untuk menjaga anak kembarnya yang kini sudah berusia tujuh bulan sekali gus mengajar dirinya untuk lebih menghargai isterinya Nur Syahirah.

BACA: Fad Bocey Perjelas Sebab Mengapa Tidak Kongsi Gambar Anak

Anak kembar biasanya akan meragam, hendak minum susu atau bangun tidur pada waktu sama. Jadi sukar jika hanya seorang yang menjaga dan pada usia mereka sekarang memang perlukan bantuan menguruskan mereka

Saya cuba sedaya upaya mengurangkan beban isteri dan jika anak-anak bangun pada waktu malam saya juga akan bangun untuk bantu isteri, jelasnya kepada mStar Online.

Sementara itu, Fad juga teruja dengan perkembangan anak anaknya yang ternyata mempunyai personaliti berbeza kerana Hayyan lebih pendiam berbanding Zayyan. Malah perkara tersebut turut mengajarnya untuk lebih memahami keperluan dan kehendak cahaya matanya itu. (rtky/s)

Roti-Kaya-Ads-USJ.jpg



SUMBER
mstar online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih