Suami adira af mahu isteri pertama hamil juga

Suami-Adira-AF-Mahu-Isteri-Pertama-Hamil

Baru-baru ini suami kepada Adira AF, Datuk Adnan telah mengesahkan bahawa penyanyi berkenaan telah pun hamil 7 minggu. Malah dalam masa yang sama, suami Adira juga mahu isteri pertamanya turut hamil sama.

BACA: Adira AF Sah Hamil 7 Minggu

Perkara tersebut dikongsikan oleh isteri pertama Datuk Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red. Namun dirinya merasakan ia bukanlah masa yang sesuai untuk kembali mengandung.

Saya tahu dia mengandung ketika sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang lalu. Nasihat saya agar dia menjaga pemakanan dan jangan stres. Saat ini saya biasa sahaja bila tahu dia mengandung, mungkin bila ada anak nanti kami akan berkongsi perasaan yang sama

Suami saya juga ada beritahu yang Adira mengandung, dalam masa yang sama minta saya juga hamil sekali. Bagaimanapun saya rasa biarlah dulu. Belum masanya untuk saya kembali mengandung, katanya kepada Utusan Online.

Marauders-300x250-px.jpg

Tambahnya, dia tak mahu sesuatu yang buruk atau tidak baik menimpa madunya itu, walaupun sebenarnya hubungan mereka tidaklah semesra mana. Apa pun, semoga kesihatan Adira juga terjaga sepanjang tempoh mengandung ini nanti. (rtky/s)

SUMBER
utusan online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih