Setiausaha Akhbar PM Mohon Batal Saman Fitnah Mukhriz
Published on Aug 10, 2016 in Politik/Terkini
KUALA LUMPUR Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad memohon untuk membatalkan saman fitnah oleh bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana saman itu tiada kausa tindakan munasabah.
Peguam Ooi She Yi yang mewakili Tengku Sharifuddin memberitahu pemberita bahawa anak guamnya menfailkan permohonan itu atas alasan saman itu juga mengaibkan, remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan kuasa mahkamah.
Permohonan itu difailkan semalam (9 Ogos), dan hari ini diserahkan kepada peguam plaintif (Mukhriz), katanya ketika ditemui selepas prosiding di dalam kamar hakim Datuk Roslan Abu Bakar.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, mewakili Mukhriz mengesahkan perkara itu. Mahkamah menetapkan 11 Okt bagi mendengar permohonan untuk membatalkan saman tersebut.
Mukhriz, 51, memfailkan saman itu pada 3 Mei lepas yang mendakwa defendan (Tengku Sharifuddin) mengeluarkan empat kenyataan iaitu pada 15, 20, 23 dan 26 April lepas.
Empat tajuk kenyataan itu adalah, Prime Ministers Press Secretary Statement on Donation Confirmation by Saudi Arabian Foreign Minister; Prime Ministers Press Secretary Statement on Former DPMs Reuters Interview; Mukhriz Mahathir Statement: Response by Prime Ministers Press Secretary dan Prime Ministers Press Secretary Statement on Tun Mahathir Mohamed and Mukhriz Mahathir.
Mukhriz mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkomplot dalam kempen jahat bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah dan plaintif masih terbabit secara langsung dalam komplot antara Dr Mahathir dan Muhyiddin.
Tengku Sharifuddin dalam pernyataan pembelaannya menafikan empat kenyataan itu menfitnah Mukhriz tetapi menegaskan kenyataan tersebut adalah untuk menjelaskan dan menegah tuduhan yang tidak benar terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 14 Jun, katanya, beliau tidak pernah berniat jahat atau malice dalam menerbitkan kenyataan media itu tetapi ia diterbitkan untuk pengetahuan dan kepentingan rakyat Malaysia.
Tegasnya lagi beliau mempunyai tugas dan tanggungjawab berat dan besar untuk membela dan menegah tuduhan tidak benar itu agar masyarakat mendapat gambaran dan fakta sebenar yang telah dikelirukan dengan sengaja oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan politik tertentu.
Katanya sebagai penjawat awam dan Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, beliau mempunyai tanggungjawab dan tugas untuk memberi penjelasan dan kenyataan terhadap situasi politik di negara ini dan beliau juga dipertanggungjawab untuk bertindak serta memberi kenyataan kepada perkembangan politik di negara ini.
Tengku Sharifuddin berkata kenyataan media itu adalah komen adil dan berpatutan berdasarkan fakta, isu dan perkara yang telah timbul dan hangat dibincangkan pada masa itu. BERNAMA
Tags: Mukhriz MahathirNajib Tun RazakSaman Fitnah
Anda Juga Mungkin Berminat
Jan 22, 2016
Bukan Mukhriz Vs Najib
PETALING JAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada kaitan dengan krisis dalaman Umno
Jul 29, 2015
Kehadiran Mukhriz Hanya Tanda Sokongan, Tak Ada Agenda Lain
SEMALAM, selepas penguguran nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet, antara
Jul 12, 2015
Siapa Kata Najib, Mukhriz Bermasalah? Biar Gambar Bicara..
SEMUA tahu, situasi semasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan Perdana Menteri,
Post navigation
Previous Story Previous post: Pingat Perak Terjun Cetus Ceria Kontinjen Malaysia
Terkini dari Politik
Aug 10, 2016
Turki & Rusia Pulih Hubungan: Erdogan & Putin Pilih Damai
HUBUNGANTurki dan Rusia kini melangkah ke era baharu selepas kegagalan rampasan kuasa Aug 9, 2016
Andre Xavier Justo Dapat Pengampunan Diraja
BANGKOK Warga Switzerland Andre Xavier Justo, yang dijatuhi hukuman penjara tiga Aug 9, 2016
ROS Akan Bertindak Profesional Teliti Pendaftaran Bersatu
PUTRAJAYA Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan bertindak secara profesional dan mengikut Aug 9, 2016
Muhyiddin Serah Borang Parti Kepada ROS
PUTRAJAYA Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyerahkan Aug 9, 2016
Pemuda PAS Kedah Buat Laporan Polis Terhadap Sarawak Report
ALOR SETAR Pemuda PAS Kedah hari ini membuat laporan polis terhadap
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my
Kategori
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautKerajaankes bunuhKhairy JamaluddinlelakiMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih