Saharul ridzwan deena emir nikah 16 september ini

7-Saharul-Ridzwan-Deena-Emir-Nikah-16-Se

Tahniah diucapkan kepada Saharul Ridzwan yang akan menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati, Qaabila Deena Amir pada 16 September depan. Difahamkan majlis perkahwinan bagi pasangan merpati dua sejoli itu akan berlangsung di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya, sekaligus menjawab segala persoalan ramai mengenai kontroversi terdahulu.

BACA: Saharul Ridzwan Bakal Nikah Qaabila Deena September Depan

Memetik laporan Astro Gempak, pihaknya telah menerima kiriman kad undangan perkahwinan pelakon itu menerusi aplikasi Whatsapp pada petang semalam sekaligus mengesahkan segala spekulasi yang timbul mengenai status perkahwinanya. Difahamkan, bakal isteri Saharul merupakan seorang ahli perniagaan atas talian dan juga pemilik Wrap Boutique House.

Sebelum ini, Saharul pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri ini namun beliau memilih untuk berdiam diri mengenainya sehingga sekarang. Berikutan itu ada beberapa sumber terdekat mendedahkan maklumat mengenai perkahwinannya, juga identiti pasangan yang bakal menjadi isteri kepada pelakon itu.

Malah untuk pengetahuan, Deena sebenarnya wanita yang sama yang pernah dikaitkan dengan Saharul sebelum ini, dimana Saharul pernah memuat naik gambarnya bersama wanita itu di laman Instagram namun akhirnya terpaksa dipadamkan atas sebab-sebab tertentu. Malah beliau tampil memohon maaf kepada keluarga wanita berkenaan yang turut terkesan dengan gambar itu.

Roti-Kaya-Ads-USJ.jpg

Walau apapun, tahniah sekali diucapkan kepada pasangan sama padan, Saharul dan Deena diatas perkahwinan yang berlangsung tidak lama lagi. Semoga segala perancangan dan urusan yang dirancang bagi perkahiwnan ini akan dipermudahkan olehNya, dan diharap perkahwinan yang dimeterai nanti mendapat rahmat dan keberkatan daripadaNya. (rktyw)



SUMBER
Astro Gempak

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih