KADER KAYA, yang merupakan seorang model, keluar dari rumah untuk menghadiri satu temuduga kerja namun tanpa disangka-sangka, itulah kali terakhir kelibatnya dilihat oleh anggota keluarga model berkenaan.
Mayat Kader, yang baru berusia 17 tahun itu ditemui dalam hutan dan meninggal dunia selepas kerongkongnya disumbat dengan dua cebisan kain di Bandar Eskisehir di Turki.
Ia ditemui oleh pejalan kaki pada awal pagi.
Polis percaya pembunuh menyumbat kain terbabit bagi mengelakkan dia menjerit. Tiada tanda-tanda kecederaan lain pada mayatnya, yang ditemui dua hari sebelum sambutan hari jadinya.
Menurut saksi, Kader sebelum itu dilihat berada di dalam kereta bersama individu yang tidak dikenali berhampiran tempat kejadian.
Polis kini cuba mengesan individu terbabit dengan bantuan saksi.
Setakat ini hanya beg dan cermin mata hitam milik Kader ditemui manakala telefon bimbitnya masih hilang.
sumber :MYNEWSHUB.CC