Malu Gagal 4 Kali Bersih Nak Buat Pula Lagi Bersih 5

Malu Gagal 4 Kali Bersih, Buat Pula Lagi Bersih 5

Malu Gagal 4 Kali Bersih, Nak Buat Pula Lagi Bersih 5

Published on Aug 3, 2016 in Politik/Utama & Sensasi

BERSIH sebuah pertubuhan haram yang kononnya diwujudkan untuk memperjuangkan proses pilihan raya adil, kini makin jauh terpesong dan jelas menjadi kuda tunggangan pembangkang.

Selepas gagal mencapai matlamat dalam empat kali perhimpunan jalanan ganas yang tiada mendapat permit pihak berkuasa, kali ini Bersih mengumumkan akan menganjurkan satu lagi perhimpunan antikerajaan edisi kelima.

Dengan menggunakan tema 1MDB yang langsung tiada kena-mengena dengan isu penambahbaikan pilihan raya, pengerusinya, Maria Chin mendakwa, konon ia adalah untuk menuntut tindakan lanjut dalam isu 1MDB pula.

Kami akan menganjurkan perhimpunan Bersih 5 untuk memberi tekanan kepada akauntabiliti dan tindakan lebih besar.Tarikh dan butiran perhimpunan Bersih 5 akan diumumkan dalam masa terdekat, kata wanita itu.

Bagi edisi kelima, Bersih menyeru agar Pegawai Malaysia 1 disiasat kerana dipercayai konon menerima jutaan dolar yang dicuri daripada 1MDB, menurut tuntutan sivil difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada 20 Julai.

Malangnya pada masa sama, ia nyata menyerlahkan sikap double standard mereka kerana tidak pula bercakap kes korupsi hartanah Lim Guan Eng dan skandal kroni Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa zaman pentadbirannya.

Kali terakhir Bersih mengadakan perhimpunan haram tersebut ialah pada 29 dan 30 Ogos tahun lalu yang hampir mencetuskan pergaduhan selepas beberapa peserta bangga biadap memijak gambar pemimpin UMNO dan PAS.

Paling aib aksi wanita seksi bukan Islam mengedarkan botol air mineral untuk peserta Muslim bersolat di kawasan terbuka sehingga mengganggu orang ramai, walhal ada banyak masjid dan surau berdekatan lokasi himpunan itu.

Himpunan selama dua hari itu juga menyaksikan hanya dihadiri 20,000 penyokong DAP; jauh daripada sasaran dua juta orang ditetapkan selepas diboikot pihak PAS, walaupun turut dihadiri secara mengejut oleh Mahathir sendiri.

Bersih 4 malah dikecam pelbagai pihak kerana bukan sahaja menjejaskan aktiviti harian warga kota, ia juga dikutuk keras apabila disertai aktivis kumpulan LGBT, Melayu Liberal Pluralisme dan pejuang gerakan murtad tempatan.

Susulan kurang ajar peserta Bersih 4 yang disebut Baju Kuning, puluhan badan Melayu menganjurkan Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah ketika sambutan Hari Malaysia di Padang Merbok pada 16 September tahun lalu.

Ia berjaya menarik penyertaan luar biasa apabila lebih 200,000 orang termasuk ramai pemimpin UMNO dan PAS hadir serta berlangsung secara aman selepas diarahkan polis untuk menukar nama dan lokasi perhimpunan itu.

Impak kebiadapan Bersih 4 turut menyaksikan kumpulan pro-Aspirasi menawan kesemua 20 buah universiti awam dalam pilihan raya kampus, selain BN menang besar di Sarawak dan dua pilihan raya kecil. Mynewshub.cc/HAA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: Bersih

Anda Juga Mungkin Berminat

Pengerusi baru Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Seri Mohamad Hashim Abdullah pada sidang media pertama beliau di bangunan ibupejabat SPR, Khamis. - Foto BERNAMA Jan 28, 2016

Pengerusi SPR Nafi Akan Lawat Pengerusi Bersih

PUTRAJAYA Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah hari ini menyangkal laporan,

bersih Dec 27, 2015

Festival Baju Kuning 6-10 Jan Medan Aktiviti Rasis

Menurut polis, BERSIH tetap dengan sikap tidak bertanggungjawabnya iaitu tidak memohon sebarang permit untuk mengadakan festival

Juara Keseluruhan yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan sijil telah dimenangi oleh Tesco Lembah Sireh Kota Bharu, Kelantan. Nov 25, 2015

Medan Selera Tesco Lembah Sireh Dinobatkan Terbersih Di Malaysia

DENGKIL Satu majlis Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan telah diadakan di

laman santai4KPWKMskmm

Post navigation

Previous Story Previous post: Henti Perbuatan Hina Agama Untuk Elak Ekstremis BertindakNext Story Next post: Jenazah Pengasas Pasaraya Mydin Selamat Dikebumikan

Terkini dari Politik

Tiada Kejutan Akan Berlaku Di Terengganu, Tegas MB Aug 3, 2016

Kegagalan Ahmad Said Punca Kekalutan Politik Terengganu

KUALA TERENGGANU Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berkata orang Laporan Polis Mewakili Suara Pemuda UMNO - Azwan Bro Aug 3, 2016

Laporan Polis Mewakili Suara Pemuda UMNO Azwan Bro

PETALING JAYA Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun hari ini Tiada Kejutan Akan Berlaku Di Terengganu, Tegas MB Aug 3, 2016

Tiada Kejutan Akan Berlaku Di Terengganu, Tegas MB

KUALA TERENGGANU Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan tiada sebarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang Aug 3, 2016

Boleh Kerjasama Tetapi Terima Konsep Islam PAS

KUALA LUMPUR PAS boleh bersama dan bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Terengganu Mungkin Adakan PRN Mengejut Aug 3, 2016

Terengganu Mungkin Adakan PRN Mengejut

KUALA LUMPUR Terengganu kembali dilanda krisis dan sidang Dewan Undangan Negeri

Advertisement

We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my

Kategori

  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayiChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautKerajaankes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih