KOLEKSI RESEPI KUIH ORANG LAMA

Himpunan resepi kuih muih yang ringkas, mudah dan sedap
Selamat Mencuba



Resepi kuih onde-onde ( buah melaka )

Bahan-Bahan (5-6 orang)
- 500 gram tepung pulut
- Air secukupnya
- 1 sudu kecil pewarna daun pandan
- 1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
- Kelapa parut

Cara-cara
1. Gaul tepung pulut dan dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. 

Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.


2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya 
senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.

3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.

4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.

5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. 

Sejat dan biarkan seketika.

6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan.

sumber : resepikuihmuih.blogspot.com

  

 Bubur Sagu Merah

BAHAN-BAHAN:
• 150gm biji sagu
• 480ml air | untuk rendaman sagu
• 250ml santan pekat
• 200ml santan cair
• 100gm gula pasir
• 1sm halia | dihiris halus
• 2 helai daun pandan
• ¼ sudu teh garam
• Sedikit pewarna merah


CARA MEMASAK:
1. Rendam biji sagu di dalam mangkuk selama sejam.


2. Di dalam sebuah periuk, masukkan rendaman biji sagu dan sedikit pewarna merah. 

Kacau sehingga berubah menjadi jernih.

3. Kemudian, campurkan garam dan gula secukup rasa. 

Kacau lagi dan sejukkan di dalam sebuah bekas, ketepikan.

4. Di dalam periuk berlainan, masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.


5. Kemudian, letakkan garam dan gula. Kacau hingga pekat dan mendidih.


6. Potong sagu dan hidangkan bersama kuah santan. Sedia dinikmati.


Sumber : rasa.karangkraf.com




CAKOI

ADUNAN YIS:
• 100g tepung gandum
• 150 ml air suam
• 1 sudu besar yis segera

DOH:
• ½ sudu kecil serbuk tawas (alum)
• 200 ml air
• 1 sudu kecil soda bikarbonat
• 1 sudu kecil garam
• 1 sudu besar minyak
• 300 gram tepung berprotin tinggi
• minyak untuk menggoring


CARA MEMBUAT:
1. Campur bahan yis dan perap selama 30 minit.
2. Campur semua bahan doh, tambah air sedikit demi sedikit sehingga doh bergaul rata.
3. Masukkan yis dan adun sehingga sebati. Perap selama 30 minit.
4. Uli dan perap selama 30 minit lagi.
5. Canai 1 sm dan potong panjang.
6. Panaskan minyak dan goreng garing.

Sumber : rasa.karangkraf.com/




Kuih Kochi

BAHAN-BAHAN:

180gm tepung beras
250ml santan
875ml air
1 sudu makan gula pasir
Secubit garam
Beberapa helai daun pisang

Bahan Inti:
240gm gula merah
240gm gula pasir
500gm kelapa parut


CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan intinya, campurkan air bersama gula pasir dan gula merah 

sehingga larut kemudian ditapis.

2. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga kering. Biarkan sejuk dan bulat-bulatkan

intinya. Ketepikan.

3. Campurkan tepung beras bersama santan, air, gula pasir dan garam kemudian 

dikacau di atas api sehingga pekat.

4. Apabila pekat angkat dan ambil daun pisang yang sudah dilayurkan.

5. Ambil sesudu adunan kemudian letakkan inti di dalamnya. 

Bungkus dengan kemas.

6. Biarkan kukus selama 20 minit.

Sumber : rasa.karangkraf.com
  

Kuih Abok-abok a.k.a Tepung Gomak

Bahan Inti:
• 2 cawan kelapa parut
• 1/2 cawan gula merah
• 1/2 cawan gula pasir
• 1/4 air

Bahan Kulit:
• 150 gram tepung pulut
• 1/2 cawan air
• sedikit garam

Bahan Sadur (75 g kacang hijau 

- digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.)

Cara Membuatnya:
1. Untuk membuat Inti : Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. 

Ketepikan & biar ia sejuk.

2. Panaskan periuk yang mengandungi air.

3. Sementara menunggu air mendidih, kita uli doh ye... Uli tepung yang tepung diletakkan 

sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan 
tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka).

4. Bentuk2 kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit.

5. Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya 

dan bulatkan semula. Leperkan sikit .

6. Seterusnya apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dintikan dan dibentuk tadi. 

Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)

7. Kuih dah timbul, tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis. Jangan tunggu lama2 terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar. (boleh juga guna tepung kacang hijau yang tersedia jual di pasaran macam Lydia Miza guna)

sumber : adishshida.blogspot.com




Resepi Kuih Agar-agar Santan

Bahan­ bahannya :
1) 1 bungkus agar­agar (rendam sehingga kembang)
2) 5 cawan air
3) 1 cawan gula merah
4) ½ cawan gula pasir
5) 3 cawan santan
6) 2 biji telur
7) 1 helai daun pandan

Cara - caranya :
1) Masukkan agar­agar, air dan daun pandan di dalam periuk. 

Masak dengan api sederhana sehingga agar­agar hancur dan mendidih.

2) Masukkan gula merah dan gula pasir. Kacau dan biarkan mendidih.


3) Tapis bahan­bahan tadi ke dlm periuk lain. Biarkan mendidih.

4) Sementara itu gaul telur dan santan sehingga sebati.

5) Tapis adunan telur dan santan ke dalam adunan agar­agar. 

Kacau dan biarkan mendidih seketika.

6) Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan.


7) Sejukkan dan potong.


sumber : resepikuihmuih.blogspot.com




Kuih Bakar Kemboja

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan
1 cawan jus pandan
1 cawan gula - saya guna 3/4 cawan
2 sudu besar butter - cairkan
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau
Sedikit bijan - untuk ditabur

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan blend sampai sebati dan tepung tidak berbintil.

Panaskan acuan kuih terlebih dahulu di atas api dapur. 

Kalau mahu elakkan dari adunan melekat pada loyang, penuhkan loyang dengan minyak masak.

Lepas tu panaskan sehingga keluar asap (betul betul panas). 

Kemudian tuang (keluarkan) minyak tu dari acuan. Kecilkan api sekecil kecilnya.

sumber : aziejaya.blogspot.com
  

 KUIH BOM

BAHAN2 UNTUK KULIT KUIH BOM :
1 paket tepung pulut cap 3 gajah (500 gm)
2 sudu makan tepung gandum
secubit garam
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air (boleh dikurangkan ikut kesesuaian)

CARA BUAT KULIT KUIH BOM :~ Dalam mangkuk atau basin, masukkan gula pasir, garam dan air (masukkan air sedikit demi sedikit untuk memastikan adunan tak terlebih air) kacau dengan sudu hingga gula dan garam hancur.
~ Kemudian masukkan tepung pulut dan tepung gandum,
~ Uli hingga menjadi doh

p/s ; tujuan gula dimasukkan ke dalam adunan adalah untuk mengelakkan kuih bom meletup 

semasa menggoreng..(sebab tu kuih ni di panggil kuih bom..hihii)

BAHAN2 UNTUK INTI KACANG :
~ 500 gm kacang hijau @ kacang merah (direndam setengah hari sekurang-kurangnya 

supaya kacang cepat empuk..jimat gas maa)
~ Seketul gula melaka
~ Gula pasir secukupnya (mengikut citarasa masing2)
~ 1 sudu kecil garam
~ 1 sudu besar tepung gandum (tujuannya supaya inti tidak mudah bersepai)
~ Sehelai daun pandan

CARA2 MEMBUAT INTI KACANG :
~ Rebus kacang hijau bersama daun pandan hingga empuk, masukkan gula melaka, gula pasir, garam dan tepung gandum. Kacau hingga kering...tapi jangan terlalu kering..agak2 inti boleh di kepal boleh la matikan api dapur tu ye...
~ Sejukkan inti, kemudian kepal bulat-bulat sebesar syiling 20 sen lama.

Ok..dah siap buat kulit dan inti kacang...ambil doh kulit kuih bom tadi..
- leperkan kat atas tapak tangan, kemudian letakkan inti yang telah dibulat-bulatkan tadi, tutp inti dengan kulit kuih bom tadi..dan golekkan kuih bom kita tadi tu kat dalam bijan hingga bijan menyaluti semua bahagian kuih bom..
- Lepas tu boleh la goreng dalam api sederhana besar sehingga kuih menjadi warna keemasan dan terapung dipermukaan minyak...

p/s: goreng dengan minyak yang mencukupi supaya kuih masak sempurna dan tak hangit kat bawah.

Sumber : azlynnabakery.blogspot.com




Kuih Cek Mek

Bahan-bahan :-
2 Cawan Ubi keledek ( yang telah direbus dan dilenyekkan.) ( saya campur sedikit garam dalam air rebusan untuk bagi rasa masin... sikit je tau... )

1 cawan Tepung Gandum
Gula
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-caranya :-
1. Gaulkan ubi keledek dengan tepung sehingga sebati. Doh tu agak-agak boleh kepal dan tidak terlalu keras.
2. Bentukkan bulat-bulat macam bola pingpong, kemudian leperkan.
3. Masukkan sesudu gula pada tengah- tengah doh tadi.
4. Cantumkan doh tadi supaya gula tidak keluar.
5. Bentukkan doh tadi menajdi seperti dalam gambar.
6. Gorengkan dalam minyak panas sehingga keperangan. Hidangkan.

Sumber gambar :- google
  

 Cucur Badak

Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 60 minit
Jumlah Hidangan : 15

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan utama:
• 1 Kilogram keledek(di lecek)
• 2 Cawan tepung gandum
• 1/2 Biji kelapa parut

Bahan untuk di giling:
• 10 biji cili kering
• 3 sudu besar udang kering
• 8 ulas bawang merah
• 3 batang serai
• 1/2 sudu teh ketumbar
• 1/2 sudu teh jintan manis
• 1/2 sudu teh jintan putih
• 1 inci halia
• 1 inci kuncit
• garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya,
2. Masukkan kelapa dan sedikit air
3. Bila dah kering angkat dan sejukkan
4. Gaulkan ubi keledek dengan tepung hingga sebati, kemudian bentukkan bulat2
5. isikan intinya dan dibulakan semula
6. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.

Sumber :iresipi.com




 Kuih Dangai

Bahan-bahannya:

3 mangkuk kelapa parut putih
1 mangkuk tepung pulut
1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
1/2 camt garam halus

Cara-cara Membuatnya:
1. Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan
2. Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa. Perasakan dengan garam dan gaul rata. Pastikan kelapa tidak berketul-betul.
3. Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.
4. Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.
5. Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.
6. Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata, ianya tidak perlu ditekan.
7. Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan.

Sumber : cikguert-suzana.blogspot.com
  

Kuih Jawa

bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
sedikit garam
air (lbh krg 2 cawan)

Cara-cara:
1. campurkan gula pasir dan gula merah bersama 2 cawan air.masak hingga mendidih.

biarkan sejuk/suam.

2. tuangkan air gula tadi kedalam adunan tepung gandum dan tepung beras.

tambahkan garam.

3. Gaul ikut likat dan ditimbuk-timbuk hingga berbuih.

4.peram adunan td semalaman.

5. ambil sesenduk adunan dan digoreng dgn minyak yg secukupnya.
  

RESEPI KUIH KASTURI

Bahan-Bahan
- 200 g kacang hijau, direndam 6 jam
- air utk merebus
- 120-130 g gula pasir (ikut suka manisnya)
- 30 g kelapa parut (putih)*
- 3 camb tepung gandum

Bahan Batter
- 90 g tepung gandum
- 1 camb tepung beras
- 1 camt serbuk penaik
- 110-120 ml air
- sedikit garam
- minyak utk menggoreng

Cara-cara :-
1. Rebus kacang dengan air hingga empuk dan pecah-pecah. Pastikan airnya kering atau sejatkan dgn penapis utk membuang airnya itu.
2. Kembalikan ke dalam kuali/periuk, masukkan gula, kelapa parut dan tepung gandum.
3. Kacau atas api perlahan hingga kental dan sebati (ia akan lembik tetapi bila sejuk, bertambah keras).
4. Ambil sedikit, bentukkan leper dan bulat, setebal 1.5 cm.

Utk batter:
1. Satukan semua bahan menjadi adunan yg melekat pada belakang sudu.
2. Celup kuih di dlm batter dan goreng hingga keemasan.

*Jika menggunakan desiccated coconut, kurangkan sedikit. Pastikan air dari pes kacang kering sebelum memasukkan gula kerana air yg berlebihan akan membuat pes menjadi lembik.

sumber : resepikuihmuih.blogspot.com




Kuih Keria/kuih gelang

Bahan-bahannya:-
- Keledek oren (650gm)
- 160gm tepung gandum ( untuk keledek oren saya guna 35% tepung x berat keledek)
- 40gm tepung ubi
- sedikit garam

untuk Sira
- 4 sudu makan gula
- 1/2 cwn air @ kurang

Cara-caranya:-
1. Rebus keledek + garam sehingga empuk

2. Toskan keledek sehingga kering air

3. Lenyek keledek dan masukkan tepung, uli sehingga sebati

4. Bahagikan doh kepada bebola kecil dan bentukkan seperti donat

5. Goreng sehingga kekuningan

Untuk sira gula,
1. masak gula + air dalam kuali sehingga pekat.

2. Apabila pekat, tutup api dan masukkan kuih gelang tadi. Kacau sehingga keluar bunga gula.

Sumber : http://www.resepidaria.com/2010/05/kuih-keriakuih-gelang.html




KUIH KETAYAP / KUIH DADAR

Bahan-Bahannya:

Untuk Kulit:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sdt garam
2 sdm minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:
• Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
• Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
• Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
• Sejukkan inti.

Cara Membuat Kulitnya:
1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
2. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
8. Angkat. Ketepikan.
9. Ulang langkah 5 - 8 hingga adunan habis.
10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
11. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
12. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan.

Sumber : resepicikguani.blogspot.com




Resepi Kuih koci

Bahan untuk Doh
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air

Bahan untuk Inti
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

Bahan lain
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara
1. Untuk Inti:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

2. Untuk Doh:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

3. Untuk membuat kuih koci:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

4. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat. Kemudian lipat seperti biasa.
5. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Selamat mencuba..

Sumber : www.potretkasih.com
  

KUIH QASIDAH

Ditulis oleh : Che' Nom

Masa:
Penyediaan: 5 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:
• 1 cawan tepung gandum
• 2 1/2 cawan air
• 1/4 cawan gula
• 1/2 sudu teh garam
• 1 sudu teh air kapur makan
• 1 sudu besar minyak sapi (tak letak pun tak apa)

Bahan untuk hiasan:
• 6 ulas bawang merah
• secubit garam

Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk kuih:

1. Di dalam periuk, bancuh tepung bersama air, gula, garam, air kapur. Kacau sebati.

2. Masak bahan bancuhan di atas api yang perlahan. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Anggaran masa mengacau adalah 15 minit. Apabila telah pekat, masukkan minyak sapi untuk menambahkan rasa lemak kepada kuih dan menjadikannya berkilat. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan minyak. Ratakan adunan dan tabur dengan bawang goreng bersama sedikit minyak dari gorengan bawang tadi. Potong apabila sudah sejuk.

Cara untuk bahan hiasan:
1. Buang kulit dan hiris bawang nipis-nipis. Gaulkan dengan cuma secubit garam supaya bawang goreng menjadi lebih rangup dan enak.Jangan terlebih garam nanti masin. Goreng sehingga kekuningan.

Sumber : iresipi.com
 

 
Puteri Ayu

Masa:
Penyediaan: 20 | Memasak: 10 | Keseluruhan: 30 minutes

Jumlah Hidangan : 35

Bahan-Bahan:
• 4 biji telur gred A
• 2 cawan tepung gandum, ayak
• 300g gula
• 1 sudu besar ovallate
• 1 sudu teh baking powder, ayak
• 200ml santan pekat, hasil yang diperah menggunakan air pandan
• pewarna hijau
• Setengah biji kelapa putih, gaul dengan garam dan tepung ubi

Cara Penyediaan:

1. Panaskan pengukus.

2. Ayak tepung gandum dan baking powder bersama.

3. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Masukkan sedikit kelapa yang digaul dengan tepung ubi dan garam dan mampatkan di bahagian bawah.

4. Dalam mangkuk, pukul gula, telur dan ovalette hingga kembang. Kemudian masukan tepung, baking powder, santan dan pewarna. Kacau sebati.

5. Sudukan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 5-7 minit.

6. Keluarkan dari kukusan dan sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.

Tips:
Pastikan anda ikat atau balut penutup pengukus denagn kain supaya wap air tidak jatuh dalam acuan semasa proses mengukus.

Sumber : iresipi.com



Talam Ubi Kayu

Bahan-bahan ( Saiz loyang 30 cm )

* 4 cawan ubi kayu siap di parut dan di buang airnya ( anggaran 2 kg 
ubi kayu )
* 1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kg gula merah dimasak dgn 2 cwn air)
* 1 cawan gula pasir
* 3 cawan santan cair

Bahagian Atas
* 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
* 2 sudu kecil garam ( sudu kfc )
* 1 1/2 cawan tepong gandum

Cara-cara1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu yang telah di parut, di perah buang airnya dgn menggunakan
tuala bersih.
3. Masukan kedalam loyang. Masukan santan cair, air gula merah dan
gula pasir. Gaul sebati.
4. Kukus sehingga masak.
5. Setelah masak, tekan2 seperti membuat pulut seri muka.
6. Satukan santan pekat, garam dan tepong gandum, kacau sehingga
sebati. JANGAN BLENDER, sebab nanti bila masak kepala dia akan
pecah2. Guna pemukul telor tangan aje..
7. Tapiskan adunan dan tuangkan keatas adunan ubi tadi. kukus selama
30 minit.
8. Buka penutup kukusan, lap wap yang ada di permukaan kuih dengan
tisu..biarkan sebentar dan tutup api..
9. Sejukan..sedia untuk di makan..

Sumber : norhayatikarim.blogspot.com




 Kuih Cara

Masa:
Penyediaan: tbd | Memasak: tbd | Keseluruhan: 0 minutes
Jumlah Hidangan : 60

Bahan-Bahan:
• 1 cawan gula,
• 1 cawan jus pandan,
• 2 cawan tepung gandum,
• 2 1/2 cawan santan (450ml),
• 3 biji telur
• 1/2 sdt garam dan sedikit pewarna hijau.

Cara Penyediaan:

1. Campurkan smua bahan, kisar hingga sebati kemudian tapis.

2. Kemudian bakar hingga masak. (Kalau bakar dgn oven..panaskan loyang yang telah dioleskan minyak.

3. Masukkan adunan ke dalam loyang, taburkan sedikit bijan bakar sehingga masak.

Tips:
Boleh di tambah dengar sedikit butter cair atau satu sudu tepung jagung

sumber : iresepi.com




Ditulis oleh : bukuresepi

Masa:
Penyediaan: 30 Minit | Memasak: 45 Minit | Keseluruhan: 75 minit
Jumlah Hidangan : 1

Bahan-Bahan:
Bahan untuk lapisan bawah
• 250 gram beras pulut
• 200 ml santan (sederhana pekat)
• 1/2 sudu teh garam
• 2 sudu teh minyak masak

Bahan untuk lapisan atas
• 60 gram tepung gandum*
• 1 1/2 sudu besar tepung jagung*
• 70 gram gula pasir
• 2 biji telur Gred A
• 225 ml santan pekat
• 1/2 sudu teh garam
• 150 ml air + 4 helai daun pandan (diblender dan tapis untuk dijadikan air pandan)
• Pewarna hijau(optional)

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk lapisan bawah


1. Bersihkan beras pulut dan rendam selama 10-20 minit

2. Toskan beras pulut seketika

3. Satukan kesemua bahan2 lapisan bawah.Kemudian letak dalam loyang, kacau supaya minyak masak sekata

4. Kukus selama 30 minit

5. Keluarkan loyang daripada periuk kukus,tekan pulut sehingga padat/mampat

6. Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas

Cara-cara untuk lapisan atas

1. Ayak bahan-bahan bertanda* dari bahan lapisan atas

2. Satukan semua bahan(lapisan bawah)kemudian blander

3. Tuang adunan tepung ke atas pulut tadi dan kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak

4. Balut penutup periuk dengan aluminium foil atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih

5. Sejukkan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.Siap

6. tips:sblum tuangkan adunan tepung bewarna hijau,tuangkan sedikit adunan yg bewarna putih dahulu dan kukus sekejap, ini bertujuan supaya adunan warna hijau tidak meresap dicelah-celah pulut. .jadi baru nmpak kemas
  

Kuih Cara

Masa:
Penyediaan: 15 | Memasak: 30 | Keseluruhan: 45 minutes
Jumlah Hidangan : 30

Bahan-Bahan:
• 2 cawan tepung gandum
• 3 cawan santan, sederhana pekat dari anggaran 1/3 biji kelapa
• 4-5 helai daun pandan
• 2 biji telur
• 1 sudu kecil garam
• 2 sudu minyak masak
• pewarna hijau, beberapa titik
• gula pasir, secukupnya

Cara Penyediaan:
1. Kisar kelapa parut bersama daun pandan yang dihiris nipis dan air dengan anggaran supaya menghasilkan 3 cawan pati santan.

2. Bancuh santan bersama tepung gandum dan telur dan garam.Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan kacau sebati. Lebih mudah jika menggunakan whisk. Tapis adunan supaya tiada ketulan kemudian isikan dalam bekas bermuncung.

3. Panaskan acuan kuih dan griskan dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarikkan di hujung. Apabila acuan sudah panas, tuang adunan sehingga hampir penuh. Sudukan gula pasir dalam anggaran 1/2 sudu teh ke dalam acuan dan tutup dengan tudung periuk. Apabila permukaan kuih sudah masak, angkat dan sejukkan di dalam pinggan

sumber : iresepi.com



 KUIH LOPEH

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:
• 3 cawan beras pulut
• 2 cawan santan cair
• 1/2 cawan air pandan (dikisar)
• 1/2 sudu teh garam
• beberapa titik pewarna hijau
• kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam
• Daun pisang

Bahan untuk Air gula:
• Daun Pandan
• Gula melaka
• Air

Cara Penyediaan:
1. Cuci beras pulut. Rendam 1/2 jam. Tos beras, kemudian masukkan beras, santan cair dan air pandan dalam periuk. Masak seperti memasak nasi.

2. Panaskan pengukus.

3. Potong daun pisang kepada 4 segi, balutkan pulut yg telah dimasak td, gulung dalam bentuk silinder biar padat. Ikat dengan kemas. Kukus selama 15-20 minit.

4. Angkat dan sejukkan. Potong bulat dan gaul dengan kelapa parut. Makan bersama air gula melaka.

5. Tips: Untuk mudah memotong pulut yang dikukus, boleh cuba potong menggunakan benang yg ditegangkan. Selamat mencuba!

Sumber :iresipi.com
  

Kuih Ubi Ketuk

Bahan-bahan: 
(menghasilkan 20 biji ketuk ubi)

-450gm ubi kayu- potong 2 inci panjang, kupas kulit, 
dan rebus hingga empuk (belah dua jika ubi tebal dan besar)
- 1 1/2 cawan kelapa parut putih
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 sudu teh garam

Cara membuatnya:
1. Toskan ubi kayu yang telah direbus tadi. Buang uratnya dan lecek halus. Ketepikan.

2. Campurkan kelapa parut dengan garam dan gula. gaul rata. Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan ubi yang telah dilecek dan gaul dengan campuran kelapa hingga sebati.

3.Gunakan tangan untuk mengepal campuran ubi menjadi bulat sebesar bola ping-pong. 

Buat hingga habis. Ketepikan dulu atau simpan dalam peti ais.

Bahan tepung untuk menggoreng:
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung goreng pisang Adabi
1 sudu besar tepung beras
sedikit garam

* bancuh tepung dengan air secukupnya. Adunan agak pekat sedikit daripada adunan ketayap. 


Panaskan minyak untuk menggoreng. Celupkan bebola ubi ke dalam bancuhan tepung. 

Goreng seperti pisang goreng hingga keperangan.

* bebola ubi boleh tahan lama jika disimpan di tempat beku dan keluarkan bila hendak digoreng.

sumber : resepikuihmuih.blogspot.com