Kevin zahri mohon maaf isu sindir juruterbang gemuk

1-Kevin-Zahri-Mohon-Maaf-Isu-Sindir-Juru

Nama Kevin Zahri amat sinonim dengan program menurunkan berat badan, Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M). Namun baru-baru ini beliau dikecam hebat oleh orang ramai gara-gara menyindir seorang pembantu juruterbang yang mempunyai berat badan berlebihan sehingga menyebabkan penerbangan beliau ke Brunei lewat selama 30 minit menerusi akaun Twitter beliau.

BACA: Kevin Zahri Bersyukur Khatam Quran Selepas 2 Tahun

Screen Shot 2016-08-02 at 10.10.46 AM

Menerusi tweet itu, Kevin memberitahun bahawa pada 30 Julai lalu, beliau baru memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Brunei selepas penerbangan yang dinaikinya lewat selama 30 minit. Selepas itu, kelihatan seorang pembantu juruterbang pesawat berkenaan sampai dalam keadaan tergesa-gesa serta tercunggap-cungap kerana terlalu gemuk.

Bagaimanapun tweet tersebut mendapat pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan sindiran Kevin yang berbunyi seperti menghina orang gemuk. Rata-rata orang ramai amat berang dengan tindakan Kevin itu dengan menyifatkan pemikiran beliau sebagai kurang cerdik kerana menjadikan fizikal seseorang sebagai jenaka.

Roti-Kaya-Ads-USJ.jpg

Pun begitu selepas menyedari tweet beliau mengundang kemarahan orang ramai, Kevin telah memuat naik status memohon maaf diatas kata-kata beliau menerusi laman akaun instagram. Dalam kenyataan itu, beliau turut menjelaskan bahawa beliau tidak berniat untuk menghina atau menyindir pembantu juruterbang itu, hanya sekadar prihatin dengan fizikal individu tersebut.

Screen Shot 2016-08-02 at 10.15.50 AM

Rata-rata tindakan beliau memohon maaf disambut dengan rasa hormat oleh para penyokongnya yang berpendapat beliau bersikap matang kerana mengakui kesalahannya dan tampil memohon maaf kepada orang ramai. Walau apapun, semoga Kevin mendapat pengajaran daripada kejadian ini dan berfikir panjang sebelum memuat sebarang di masa akan datang. (rkty/w)



Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih