Asalamualaikum dan salam Muhibbah buat semuanya.Bertemu sekali lagi dalam ruangan Labu Emas.Untuk paparan kali ini kami ingin kongsikan sebuah kisah menarik disebalik kematian Uncle Lim yang menggemparkan jiran tetangga sehingga anak yang dulunya tidak mengaku ayah bulat mata melihat sesuatu yang amat luar biasa!
Disebuah perkampungan dikawasan terpencil terbina sebuah rumah lama serta usang menanti roboh berusia lebih 100 tahun.Disitu tinggalkan seorang lelaki berbangsa Cina bernama Uncle Lim seorang diri setelah kematian Isterinya berberapa tahun yang lepas.
Tidak jauh dari rumah tersebut,terbentang luas sebuah ladang tebu yang diusaha kan oleh Haji Omar.Haji Omar akan berulang alik dari rumah nya ke kebun setiap hari.Bukan saja menjenguk kebun semata-mata,tapi sambil melawat Uncle Lim yang hidup sebatang kara dalam rumah usang tersebut.Haji Omar juga selalu mendengar cerita dari penduduk setempat mengatakan rumah tersebut berhantu.Namun sering disangkal kerana Haji Omar tahu kisah disebalik cerita karut tersebut.
Cuma yang menjadi tanda tanya buat Haji Omar apabila melihat sekujur Keranda Berada di sudut ruang tamu rumah uncle Lim.Dari hari kehari Haji Omar ingin bertanya namun sering terlupa.Sehingga lah disaat akhir,Baru lah Haji Omar berani bertanya.Akhirnya Dengan seloroh Uncle Lim memberitahu jika dia mati,senang sebab dah ada rumah baru!.berdekah kedua sahabat ketawa.Boleh pula kau tahu bila nak mati Lim kata Haji Omar sambil ketawa.Dengan sengih uncle Lim memberitahu jika sakit kuat wa terus masuk dalam itu kotak la...hahaha
(Sekadar Hiasan)
Dalam bergurau,Haji Omar bertanya soal anak uncle Lim,Sebab selama Haji Omar berkebun berhampiran rumah Uncle Lim,Tak pernah sekali pun dia melihat anak-anak uncle Lim datang.Tak kira lah,Tahun baru ke,Chap Gor Mei ke...lama uncle Lim terdiam sambil menghembus nafas panjang Uncle Lim membuka kisah anaknya.rupa-rupanya Uncle Lim mempunyai seorang anak lelaki tunggal kini menetap di bandar sebagai kontraktor.Semenjak berkahwin Anak nya jarang menjenguknya.sehingga lah satu ketika dimana anak nya datang dengan hajat hendak menjual tanah serta rumah pusaka nenek moyang yang menjadi tempat uncle Lim berteduh dari hujan panas siang dan malam.
Kerana menolak cadangan anak nya.Uncle Lim di maki hamun oleh anaknya sendiri,Dihina dan sebagainya.Dan yang membuatkan Uncle Lim kecewa apabila anaknya berkata dirinya cuma layak duduk ditepi jalan meminta sedekah.ada rumah tanah tapi tak nak dijual untuk mengubah kehidupan.Bukannya Uncle Lim tak nak jual.tapi mengenangkan itu lah satu-satu nya warisan keturunan mereka.dan rumah tersebut dibina hasil titik peluh mendiang bapak nya sebagi buruh lombong bijih timah hampir 100 tahun dahulu.
Setelah meluahkan isi hatinya kepada Haji Omar,Uncle Lim memberitahu yang dia ingin berehat.Haji Mahat pun balik meninggal kan sahabatnya.Dalam perjalanan balik Haji Omar mengucap panjang serta berasa sedih apabila mendengar kisah sahabatnya yang dianiaya anaknya sendiri semata-mata kerana harta pusaka!.
Seminggu selepas itu,Haji Omar dikejutkan dengan berita kematian uncle Lim.Melalui kebajikan sebuah tokong Mayat mendiang di uruskan.dan juga melalui ihsan seorang kenalan uncle Lim,mereka dapat menjejak anak uncle Lim.Dan di minta segera pulang kerana Bapanya sudah mati.ketika tiba di rumah,ketika itu anak uncle Lim balik seorang diri melawat bapanya buat kali terakhir.Disaat keranda yang sentiasa berkilat dijaga rapi diwaktu hayat mendiang dibuka untuk memasukan Mayat.Semua yang hadir termasuk anak Uncle Lim terperanjat.
Masing-masing melopong melihat sesuatu yang luar biasa didalam keranda tersebut.Ketika itu baru lah anak Uncle Lim menitiskan air mata,tapi tak tahu lah menangis sebab sedih atau menangis melihat timbunan duit tunai peninggalan Bapanya didalam keranda!.Anak Uncle Lim mengeluarkan Semua benda yang ada didalam keranda tersebut Setelah dikira dan disusun,sejumlah 180RIBU duit tunai dalam matawang Malaysia dari keranda Uncle Lim.
Haji Omar yang menjadi saksi mata kejadian tersebut turut tidak menyangka rakan lamanya yang hidup seorang diri kais pagi makan pagi,kadang makan pun hasil pemberian Haji Omar.Menyimpan sejumlah wang yang banyak dalam keranda.Baru lah Haji Omar faham.kenapa keranda tersebut disimpan dan dijaga rapi oleh mendiang.Dan baru lah Haji Omar mengerti,kenapa seninggu dua sebelum Uncle Lim mati,dia ada bagitahu,Jika wa mati senang mau urus,wa sendiri masuk dalam.rupa-rupanya Uncle Lim telah siapkan kelengkapan untuk kematiannya sejak awal lagi!
(Sekadar Hiasan)
Selepas mayat di tanam,Setelah seminggu di kampung anak Uncle Lim kembali ke bandar.bersama duit peninggalan bapanya serta tanah dan rumah pusaka tersebut terletak dibawah kuasanya.sama ada dijual atau di teruskan.begitu juga Haji Omar,setelah kematian uncle Lim,hilang lah seorang sahabat teman berbuat tempat berehat setelah penat di kebun.
Sumber : http://babab.net/