Sup daging dan tulang memang enak dimakan. Lebih-lebih lagi jika bahannya masih segar. Memang terasa manisnya. Namun daging pada bahagian tulang agak susah untuk lembut dan perlu dimasak lebih lama. Bagi mengatasi masalah ini, ada petua yang boleh anda cuba. Caranya mudah sahaja dan terbukti boleh menjimatkan masa memasak anda. Anda hanya perlukan:

BAHAN-BAHAN:
  • Daging dan tulang
  • Periuk 'steel'
  • 1 batang garfu

CARA-CARA:
1. Bersihkan daging  serta tulang dan masukkan ke dalam periuk 'steel'.
2. Isikan air secukupnya dan masak seperti biasa.
3. Masukkan garfu dan tutup separuh periuk. Biarkan daging dan tulang mendidih hingga empuk. Hasilnya daging dan tulang akan cepat empuk bahkan rasa supnya juga lebih sedap.

Oleh: EDITORIAL RASA
Sumber : http://www.rasa.my/