Bahaya Tidur Berdengkur

Adakah suami atau isteri anda tidur berdengkur? Atau anda sendiri mengalaminya? Atau anda berhadapan dengan rakan sebilik yang kuat berdengkur?


Masalah tidur berdengkur sebenarnya tidak asing lagi. Namun ramai yang tidak mengambil berat tentang masalah yang dihadapi ini. Risikonya sangat membahayakan sehingga mengganggu kesejahteraan rumahtangga. Saya pernah membaca artikel berkenaan seorang isteri menghadapi tekanan kerana suami kuat berdengkur sehingga mengganggu waktu tidur isteri. Yang lebih membahayakan, si isteri ingin meminta cerai kerana tidak tahan dengan dengkuran si suami yang menyebabkan si isteri tidak dapat tidur lena dan rehat yang secukupnya hampir setiap malam.

Ketahui sebab-sebab terjadinya dengkuran semasa tidur. Antara sebab yang biasa berlaku adalah

  • Saluran pernafasan tersekat adalah punca utama kepada tidur berdengkur.
  • Otot yang lemah di bahagian lidah, langit dan tekak.
  • Tisu tekak yang besar dan tebal. Biasanya disebabkan oleh tonsil.
  • Anak tekak (uvula) yang panjang apabila ia mengecilkan rongga pembukaan hidung ke tekak.
  • Tulang hidung yang bengkok, polip atau jangkitan sinus.
  • Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

Cara mengatasi dengkuran semasa tidur:

  • Ubah posisi tidur kepada keadaan mengiring
  • Tidur dengan bantal yang tinggi dan selesa.
  • Kurangkan berat badan
  • Elakkan makan sebelum tidur
  • Gunakan pelekat bantu pernafasan (Breath Right Nasal Strips)
Sumber : shkleika