Akibat Terlalu Cantik, Muka Wanita Ini Dicacatkan

Memiliki paras rupa yang cantik semestiya menjadi idaman setiap wanita. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Bukan semua orang disekeliling menyukainya kerana ada sesetengahnya beranggapan wanita cantik ini pesaing mereka. Begitu juga hal yang menimpa gadis bernama Julia ini.


BUENOS AIRES - Ternyata tidak selamanya indah memiliki wajah cantik.Seorang gadis di Argentina telah di toreh wajahnya oleh seorang kawan yang iri akan kecantikan wajahnya. Julia Alvarez berasal dari kota Juan Domingo Peron, provinsi Formosa, Argentina diserang beberapa kawannya yang menganggap Julia memiliki wajah yang terlalu cantik.

Julia mengatakan dia sedang dalam perjalanan pulang dari kediaman seorang kawannya ketika dihampiri dua gadis beradik berusia 16 dan 18 tahun yang terus memukulnya sehingga dia tersungkur.Dia kemudiannya dihunuskan sebilah pisau sambil disoal tentang pujian orang sekeliling yang menyatakan akan kecantikan wajah gadis malang tersebut.

"Semua orang mengatakan kamu cantik. Kau tak akan cantik lagi selepas ini dan orang-orang akan memanggilmu Chucky," kata penyerang Julia. Chucky yang dimaksudkan adalah boneka seram dengan wajah penuh jahitan yang muncul dalam serangkaian film horor Child's Play yang diproduksi antara 1988-2013.

Muka Julia kemudiannya ditoreh menggunakan senjata yang dibawa penyerangnya itu. tidak cukup dengan muka menjadi sasaran, bahagian punggung Julia dihiris mereka. Setelah puas menyerang, kedua gadis tersebut kemudian melarikan diri meninggalkan Julia berlumuran darah.

Julia yang dalam keadaan berlumuran darah di jumpai oleh seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan gelap berkenaan. Melihatkan keadaan Julia yang tidak berdaya, lelaki tersebut membawanya ke hospital yang berdekatan. Akibat daripada torehan yang dalam, Julia menerima jahitan di muka dan punggungnya.

"Sudah lama mereka iri hati terhadap adik saya dan selalu juga Julia mengadu hal ini. Namun, kami tak menyangka yang mereka sanggup melakukan sehingga sedemikian rupa. Saya cuba untuk kuat demi adik saya setiap kali saya melihatnya. Mereka sudah menghancurkan hidupnya," kata Yeni, kakak Julia dalam status yang dimuat naik dalam laman sosial Facebooknya.

Tambahnya lagi, 'laporan kepada pihak polis telah dibuat dan kedua-dua suspek telah pun ditahan pihak berkuasa. Kami berharap kedua mereka menerima balasan yang setimpal sebagaimana yang telah mereka lakukan terhadap Julia.'


Sumber : tribunnews.com