6 Mitos Tentang Kesihatan Yang Menjadi Kepercayaan Golongan Lelaki | Mitos berkaitan kesihatan ini kadang-kadang ramai menganggap ia boleh di percayai dan juga sebaliknya. Bukan sesetengah sahaja tetapi mungkin akan di perakui oleh mana-mana lelaki jika di buat soalan survey. Berikut adalah beberapa mitos yang menjadi tanda tanya tetapi telah menjadi kepercayaan sesetengah golongan lelaki.
6 Mitos Tentang Kesihatan Yang Menjadi Kepercayaan Golongan Lelaki :
1. Kanser payudara hanya menyerang wanita.
Memang benar rata-rata pesakit kanser payudara lebih ramai terdiri daripada golongan wanita, tetapi ada juga golongan lelaki meninggal dunia akibat kanser ini. Masalah ketara tentang ketidakpercaya adalah kurang kesedaran tentang simptom-simptom yang menyerang lelaki.
2. Lelaki tidak mempunyai kitaran kesuburan.
Menurut kajian, kuantiti sperma di pengaruhi oleh masa. Kebiasaannya, kuantiti sperma menjadi ‘meriah’ apabila suhu sejuk. Malah, sperma meningkat pada waktu pagi seiring dengan tahap hormon lelaki yang meningkat pada waktu pagi. Malah inilah waktu paling tepat untuk pasangan anda Mudah Hamil jika hubungan intim di lakukan.
3. Bercukur menjadi punca bulu tumbuh lebih tebal.
Hakikatnya, pencukuran tidak ada kena mengena dengan ketebalan dan kelebatan pertumbuhan bulu. Semuanya berkaitan rapat dengan keturunan dan baka dari keluarga sendiri.
4. Kanser prostat hanya menyerang lelaki tua.
Memang benar kanser prostat banyak menyerang lelaki berusia 65 tahun ke atas namun lelaki seawal usia 40 dan 50 juga boleh mendapat kanser prostat. Lelaki muda juga berisiko berdepan kanser prostat apabila tidak mengambil berat akan kesihatan di awal usia kerana percaya kanser ini bukan hanya menunggu bila sudah tua. Oleh itu di sarankan anda mengetahui teknik sebenar Cara Hidup Sihat.
5. Lebih banyak protein diambil, makin berotot.
Memang benar sumber protein di perlukan untuk membina otot tetapi jika anda mengambil keperluan lain, lebihan protein yang di ambil tidak akan menjadi otot. Protein berlebihan boleh menjadi lemak dalam tubuh anda.
6. Kuning telur membawa penyakit.
Ramai menolak untuk memakan kuning telur sedangkan kuning telur merupakan khasiat terbaik. Menolak kuning telur bermakna anda menolak vitamin terpenting. Asalkan anda tidak mempunyai masalah kolesterol, anda tidak mempunyai masalah untuk memakan sebiji atau dua biji telur sehari di dalam diet anda.
Mitos di atas hanyalah sebahagian kepercayaan yang sering menjadi tanda tanya golongan lelaki. Orang kata, mitos belum tentu benar tetapi kadang-kadang ada benarnya. Apa yang penting, anda perlulah lebih banyak merujuk kepada doktor lebih-lebih lagi soal kesihatan untuk lebih berhati-hati.