Kedatangan musim panas sudah tentu akan turut mengundang kedatangan nyamuk-nyamuk yang sering hinggap di kulit kita untuk menghisap darah.
Apabila nyamuk hinggap pada kulit anda dan menggigit, ia memindahkan sedikit air liurnya ke dalam kulit kita. Barangkali protein yang terkandung di dalam air liurnya mengakibatkan reaksi alahan ringan pada kulit anda.
Anda juga tentu ingin sekali menggarunya, dan apabila anda menggarunya kulit anda akan membebaskan sebatian yang mengakibatkan ia lebih gatal dan membengkak.
Gunakan tip-tip yang dicadangkan di bawah untuk mengurangkan bengkak pada kulit.
1. Losen Kalamin
Losen yang mempunyai warna seperti gula-gula getah ini adalah satu daripada pencegahan permulaan untuk menangani kegatalan akibat gigitan nyamuk menggunakan zat dari zink oksida.
Apabila losen tersebut mengenai kulit anda, ia akan memberikan rasa dingin yang menghilangkan rasa gatal pada kulit.
2. Krim Hidro Kortisom
Jika losen kalamin tidak cukup untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas gigitan nyamuk tersebut,anda boleh menggunakan krim hidrokortison untuk menghilangkan kegatalan dan keradangan pada kulit.
Ia juga membolehkan kesan gigitan nyamuk itu untuk sembuh dengan lebih cepat.
3. Oral Antihistame
Mengambil pil tablet seperti Benadryl boleh membantu memberikan kelegaan kepada anda dengan meredakan tindakbalas kulit anda terhadap histamines iaitu sebatian yang boleh mengakibatkan kegatalan.
Ia juga berkesan jika anda mempunyai masalah tidur malam kerana ia juga menyebabkan anda berasa ngantuk.
4. Ais Batu
Mempunyai keberkesanan untuk memperlahankan pergerakan aliran darah yang melalui kawasan gigitan nyamuk tadi untuk mengurangkan kesan bengkak dan kegatalan.
Anda juga digalakkan untuk menggunakan ais untuk mendapatkan lebih kelegaan sebelum mendapatkan rawatan yang lebih spesifik seperti krim yang dinyatakan sebelum ini.
5. Mandian Bijirin Oat
Bijirin oat mengandungi bahan-bahan yang boleh melegakan yang membantu untuk melembapkan kulit dan merendahkan tahap pH agar dapat meredakan kegatalan dan alahan pada kulit tersebut.
The post 5 Cara Untuk Hentikan Kegatalan Akibat Gigitan Nyamuk appeared first on LelakiSihat.Com – Tips & Info Kesihatan Lelaki.
Sumber: gengviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih