Wanita Berjubah Hitam Ini Keliling Kampung Setiap Jumaat Kenapa

rotan

Setiap Jumaat, Siti Hindun, 64, akan meronda keliling kampung Empangsari di Desa Plered, Purwakarta, Jawa Baratsambil memegang rotan untuk mengarah kaum lelaki yang masih leka melepak di warung-warung kopi berhampiran supaya bergegas ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Rutin setiap Jumaat itu telah dilakukankan olehnya sejak 10 tahun lepas bagi memastikan tiada kaum adam yang poteng solat Jumaat.

Saya akan pastikan tidak ada lelaki yang berkeliaran semasa solat Jumaat di desa Plered. Kalau ada.. hmmm, siap sedialah terima pukulan dari saya, katanya ketika dipetik akhbar Radar Karawang.

Saya bukannya pukul dengan kuat tetapi hanya mahu membuatkan mereka malu dan sedar kewajipan sebagai orang Islam, jelasnya.

Tindakan seperti itu dibuat kerana terlalu ramai penduduk kampung yang mengadu tentang sikap sebilangan lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat.

Sumber: Siakap Keli, Harian Metro


sumber : www.gengviral.com

Sumber: gengviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih