Terjaga Dari Koma Remaja Dari Amerika Syarikat Ini TibaTiba Lancar Berbahasa Sepanyol

Screen Shot 2016-10-24 at 12.25.24 PM

Seorang pemain bolasepak remaja berusia 16 tahun mengalami kecederaan serius di kepala selepas menerima sepakandi kepala ketika cuba memasukkan bola ke dalam gawang sehingga menyebabkan dia koma selama 3 hari.

Menurut jurulatihnya, Bruno Kalonji, Rueben juga telah berhenti bernafas selama beberapa saat.

Apabila dia terjaga, dia telah kehilangan keupayaan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris, tetapi mampu untuk bercakap bahasa Sepanyol dengan lancar. Menurut ibu bapanya, sebelum insiden tersebut berlaku dia tidak mempunyai kemahiran untuk bercakap bahasa Sepanyol.

Beberapa hari kemudian, kemahiran bahasanya kembali kepada normal dan Ruebenpercaya dia mungkin mempunyai ingatan separa sedar tentangperbualan Sepanyol di kalangan kawan-kawannya.

Keadaan Rueben semakin pulih dan kini dia hanya berehatdi rumah dan takut untuk beraksi di padang.

Kedua ibu bapa Rueben kini sedang berusaha untuk menampung kos perubatan Rueben yang semakin meningkat.Merekajuga telah membuat rayuan GoFundMe dalam usaha untuk mengumpul dana untuk menampung kos perubatan dan insurans beliau.

Screen Shot 2016-10-24 at 12.25.35 PM

Sumber: metro.co.uk


sumber : www.gengviral.com

Sumber: gengviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts