KATALINA, DOKTOR PERIBADI SULTAN JADI PELAKON
Masihkah anda ingat dengan watak ‘Adila’ melalui drama Lara Aishah yang menjadi kaunselor kepada bekas banduan luar negara?
Untuk info, pelakon yang bernama Katalina itu sebenarnya real doktor perubatan dan bukannya auta.
Dia awalnya bermula dengan menyanyi sebelum terjun dalam dunia lakonan. Single pertamanya berjudul ‘Kan Terjadi’ merupakan OST kedua bagi Lara Aishah.
“Saya belajar sehingga ke Rusia kemudian berkhidmat di Hospital Selayang, ditukarkan ke Klinik Kesihatan Temerloh dan sekarang berkhidmat sebagai doktor peribadi kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
“InsyaAllah saya sudah dapat perkenan Sultan Pahang untuk berhenti berkhidmat sebagai doktor peribadi dan rancangan saya sekarang adalah untuk buka klinik sendiri. Di samping itu saya juga akan teruskan berlakon dan menyanyi.
“Pengurusan masa insyaAllah, saya boleh buat sebab ini adalah minat saya.
“Saya kekal menggunakan nama Doktor kerana untuk mencari kelainan dan keunikkan. Dan memang benar saya adalah Doktor, jadi apa salahnya jika saya terus gunakan gelaran tersebut,” ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Media Hiburan.
Sumber asal: myartis.com
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih