Kongsi Detik Cemas Putus Kaki

okd

Kongsi Detik Cemas Putus Kaki|Saya tak sangka pergelangan kaki yang ada depan saya itu adalah kaki kanan saya yang sudah putus.

Demikian luahan mangsa kemalangan, Ida Suryanti Yunus, 45, yang putus kaki kanannya setelah motosikal dinaiki berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Muar-Batu Pahat, di sini petang semalam.

Kemalangan kira-kira pukul 4.30 petang itu berlaku di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Menanti ketika Ida Suryanti sedang menunggu anaknya, Siti Nurhaziqah Tukinan, 17, yang mengikuti kelas tambahan.

Dia yang pada mulanya berada kira-kira 20 meter dari sekolah tersebut sementara menunggu anak keempatnya itu keluar, kemudian bergerak menghampiri pintu pagar sekolah.

Saya menunggu di tempat teduh dahulu sementara tunggu Siti Nurhaziqah keluar, sebaik sahaja nampak pelajar mula keluar, saya bergerak ke hadapan pagar untuk mengambil dia.

Tetapi, Siti Nurhaziqah memberitahu agar menunggu seketika kerana dia tertinggal barang di dalam kelas. Jadi, saya mahu ke hadapan sikit sebelum tiba-tiba tanpa menyedari dilanggar sebuah kereta dari arah sama, katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Suri rumah berkenaan mengakui masih sedar sehingga dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), namun masih samar-samar berkenaan keadaan kakinya.

Saya tak rasa apa-apa masa kejadian sehingga diberitahu pergelangan kaki kanan sudah putus, katanya yang turut mengalami beberapa kecederaan lain.

Sementara itu, Siti Nurhaziqah berkata, dia terdengar bunyi rempuhan ketika sedang berjalan semula ke arah pagar dan segera berlari kerana berasa tidak sedap hati.

Sebaik ternampak motosikal Honda Wave di hadapan sekolah, saya terkejut kerana itu motosikal ibu dan berdoa agar ibu tidak apa-apa.

Tetapi, ketika mahu mendapatkan ibu, saya terkedu kerana ternampak kaki di atas jalan raya dan terus segera memeluk ibu, katanya yang turut pengsan di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih