Aku Kerja Sorang Je Malam Tu Kat Pejabat Tengah Sibuk Habiskan Kerja Cepat Tibe2 Ada Awek Cleaner Datang Tanya Dahla 2 Orang Je Lepastu

http://lynk.my/pHnB
11.jpg

Semasa mengemas bilik untuk berpindah pejabat, banyak buku/draf tesis/surat lama yang tidak diperlukan lagi. Sudah disimpan sejak hampir 10 tahun yang lalu kerana sayang untuk dibuangtetapi ada masanya kita kena dengar cakap orang-orang tua. Kalau kita sayangkan sesuatuada masanya adalah lebih baik kita berikan kepada orang lain. Atas dasar menghormati orang tua (hee hee)saya bergegas terus mencari seorang kakak cleaner yang setia membersihkan kawasan sekitaran pejabat saya sejak bertahun dahulu.

Saya : Kaksaya tengah kemas bilik. Banyak kertas. Akak nak tak?

Kakak Naknak(mukanya terpancar cahaya kegembiraan).

Saya : OK kaknanti datang ambil kat bilik ya, sikit lagisebab saya nak pergi pejabat dulu sekejap, tengok surat. Tahu kan nombor bilik saya?

Kakak Tahuapa pula tak tahunya. Terima kasih Dr.

Saya Tapiakak kena cari trolilahbanyak tau. Takut patah pinggang nanti nak mengangkatnya.

Kakak Oooo ya ke. Tak apaakak ada caraguna kerusi yang ada roda tu. hee hee (suaranya ceria dan wajahnya begitu bercahayagembira pastinya).

Saya : Bijakbijakhee hee.

Kira-kira 45 minit kemudiannyaDi dalam bilik, saya mengemas, sambil kakak itu mengumpul kertas yang tidak diperlukan lagi, dimasukkan satu persatu ke dalam plastik sampah. Di asingkan mengikut warna dan kualiti.

Saya Akak nak jual ni, kat mana kak?

Kakak Tak ada masalah Dr. Telefon jer, ada lori datang ambil nanti. Kalau tak pun, seminggu sekali, dia datang.

Saya Oooountunglah juga ya sebab kerja di kawasan universitimemang banyak kertas.

Kakak Bolehlah juga Dr. Tampung duit gaji.taklah seberapa, tapi bolehlah untuk beli jajan ke atau ikan kembong seekor dua.

Diam seketika.tiba-tiba dia bersuara semula

Kakak Terima kasih ya Dr. Banyak ni rezekinya. Dapatlah duit lebih sikit ni untuk buat belanja dapur.

Saya Ehhhh tak ada apalah kak. Saya memang nak buang pun semua ni. Saya yang patut berterima kasih dengan akak sebab tolong saya.

Kakak Tapi..Akak rasa bersalah ni Dr. Ini bukan kawasan akak. Kawan akak tu dah marah.

Saya Kawan marah? Kawasan apanya pulak ni?

Kakak Ya lah. Akak jaga blok sebelah tu. Dulu ya lah akak jaga sini. Sekarang, blok ni kawan akak yang jaga.

Saya Laaaaada main-main jaga kawasan macam dalam dramalah pulak. Hee hee

Kakak Dia cuti hari ni kebetulannya tapi kawan dia nampak tadidia dah report. Tadi dia nampak akak tolak 2 plastik. Ni ada lagi banyak ni. Dia mesti marah lagi ni.

Saya Laaaaapa lak masalahnya. Akak bukannya kutip di luar bilik ke apa ke. Saya yang memang cari akak sebab saya memang nak bagi akak.

Kakak Tu lah pasal. Akak dah cakap. Dia tak peduli, dia mintak share juga sebab ini kawasan dia.

Saya Laaa..macam tu pun ada. Tok sah layanlah kak. Karoot Komedia sungguhlah.

Kakak Tak apalah Dr. Nanti akak bahagi dualah dengan dia. Malas nak panjangkan cerita. Nanti berbulan-bulan dia bawa cerita ni ke hulu-ke hilir.

Saya Hmmmtak apalah akak kalau gitu. Tapi kalau sayabuat bodoh jerhak akak.

Sambil terus mengemas, kami meneruskan perbualan..pelbagai tajuk. Tentang kesukaran hidup apabila kos sara hidup semakin meningkat,tentang harga kertas yang dijual semula, ada beza harganya mengikut warna rupanya (patutlah dia asingkan kertas tu tadi mengikut warnacanggih), harga botol air mineral yang dijual semula.dan macam-macam lagi. Murah gila rupanya semua tu bila di jual pada orang tengah. Tak berbaloi rasanya. Banyak yang saya belajar tentang hidup dari kakak yang seorang niyang tiada dalam buku.

Sumber: beritagempakbeb

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih