Fara Fauzana Batalkan Perkahwinan Hafiz Akan Jelaskan Perkara Sebenar Tidak Lama Lagi

Semalam rakyat Malaysia khususnya peminat industri hiburan tempatakan dikejutkan dengan berita pembatalan perkahwinan peyampai radio popular Fara Fauzana yang pada awalnya telah ditetapkan berlangsung pada 17 September ini.

Susulan pengumuman berkenaan, lelaki yang sepatutnya bergelar suami kepada Fafau iaitu Mohamed Hafiz enggan memberikan sebarang komen sekarang dan bakal menjelaskan perkara sebenar didalam masa beberapa hari lagi.

Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya.

Tambah Hafiz, sebelum ini beliau berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi.

Berita pembatalan perkahwinan itu disampaikan oleh Fafau sendiri yang mengatakan keputusan itu dibuat atas beberapa alasan peribadi yang sukar untuk dikongsikan kepada umum.

Sama-sama kita nantikan kenyataan daripada Hafiz, apakah yang sebenarnya menjadi punca perkahwinan beliau dan Fara Fauzana dibatalkan pada saat akhir.

Sumber Berita : BH ONLINE

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih