Periksa Fizikal Anak Selepas Balik Dari Taska Tadika Pengasuh Doktor Dedah Juvenile Rapists Semakin Membimbangkan

1.png

Ditulis oleh Dokturah Wawa

Baru-baru ini di tengah-tengah kesibukan klinik, ada seorang budak lelaki berumur lingkungan 5 tahun berlari-lari di ruang menunggu. Bukan berlari saja-saja, tetapi berlari sambil mengejar punggung wanita dewasa untuk dicubit atau diramas.

Ibu bapa budak itu hanya tertawa memerhatikan keletah anak mereka. Memandangkan tiada sesiapa yang menghalang budak itu, saya terpaksa bertindak menegur budak itu dan ‘sound’ ibu bapanya.

“Adik, adik lelaki tau. Tak boleh pegang-pegang punggung orang perempuan macam tu,” tegas saya.

Dan panjang lebar juga saya beri parenting education kepada ibu bapa budak berkenaan.

Kenapa saya marah?

Selain kes pedophilia dan sumbang mahram, juvenile rapists adalah satu lagi bala yang wujud di Malaysia. Mudah kata, Juvenile Rapists adalah perogol yang berumur bawah 18 tahun.

Main Kahwin-Kahwin

Lebih kurang dua tahun lalu, ketika saya dimasukkan ke wad (sewaktu mengandung), saya sempat bersembang dengan seorang pesakit yang juga bekerja sebagai guru tadika.

“Doktor, kalau hantar anak pergi taska, tadika atau pengasuh, balik rumah kena periksa fizikal anak-anak. Budak-budak zaman sekarang lain sikit,” katanya membuatkan saya berdebar. Apalah yang dia mahu ceritakan ini.

Dia pun menceritakan pengalamannya menjaga budak di tadika. Ada dua beradik perempuan ini, seorang berumur 6 tahun dan adiknya berumur 4 tahun. Satu hari, cikgu tadika ternampak dua beradik bersama seorang lagi budak lelaki berumur 6 tahun bermain di bawah meja makan. Si kakak suruh budak lelaki tadi buka seluar dan duduk di atas adiknya.

“Eh? Buat apa ni?!” terkejut si cikgu melihat kejadian itu.

“Kitorang main kahwin-kahwin,” si kakak menjawab tanpa rasa takut atau bersalah.

Dengan tenang, cikgu itu duduk bersembang dan bertanyakan lebih lanjut pada si kakak.

“Kakak, hari ini teacher hantar balik ye. Nanti kakak cerita mana kakak belajar main kahwin-kahwin,” katanya.

Petang itu, si kakak bercerita yang dia seringkali diajak bermain ‘kahwin-kahwin’ dengan jiran lelaki berusia 12 tahun. Si kakak pun menunjukkan kawasan semak di tempat dia bermain. Dia juga menceritakan secara terperinci setiap ‘langkah-langkah’ yang menjengkelkan dalam permainan itu. Saya tak mahu cerita dengan lanjut.

“Selepas main, kakak selalu dapat aiskrim. Tetapi abang A tak bagi kakak beritahu mak sebab takut mak marah,” katanya.

Hal itu dimaklumkan kepada ibu dua beradik itu, malangnya tiada tindakan yang diambil.

Sudah ramai Juvenile Rapists di Malaysia terutama sekali pelajar sekolah menengah. Tak sempat untuk saya ceritakan kesemuanya.

Cuma, hal ini tidak mendapat liputan. Juvenile Rapist yang paling muda saya pernah encounter berumur 6 tahun (budak tadika). Kebanyakan yang lain pelajar sekolah menengah.

Sepanjang saya bekerja di Mesir dulu, tidak pernah saya jumpa perkara seperti ini. Mungkin sebab budak-budak di sana disibukkan dengan hafazan Al-Quran dan mereka tidak terlalu terdedah dengan gajet.

Zaman sudah berubah, anak-anak kita sedang berisiko terdedah dengan perkara-perkara ganas dan lucah di media-media. Ibu bapa perlu mengawal apa yang ditonton, dimain dan pergaulan anak-anak.

Anak perempuan perlu diajar sifat malu, manakala anak lelaki perlu diajar melindungi dan menghormati perempuan.

Jadilah teman paling rapat dengan anak-anak. Temankan mereka bermain, bercerita, bermanja. Maaf sekiranya post ini mengganggu mood hujung minggu anda. Sekian. -Dokturah Wawa|PIXEL MEDIA

Sumber: berita-harian

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih