Payudara Wanita PECAH Gara-Gara Seekor Kanggaru!

Seorang wanita dari Canberra, Australia dilaporkan pecah implan pada bahagian payudara selepas seekor kanggaru melompat ke atasnya, baru-baru ini.

Kejadian berlaku ketika Sharon Heinrich bersama rakannya, Helen Salter terjatuh apabila sedang berbasikal di pusat pelancongan Clare Valley, negeri Australia Selatan.

Ketika sedang leka menunggang basikal, seekor kanggaru bersaiz besar melompat ke arah mereka sehingga kedua-duanya terjatuh dan ketika itulah binatang itu terpijak payudara Sharon sehingga implannya pecah.



Akibat rempuhan kuat tersebut, Sharon yang merupakan seorang jururawat, turut patah tiga tulang rusuk dan dilaporkan bakal menjalani pembedahan pada Khamis ini.

Secara bergurau, Sharon berkata: “Implan ini kan bekerja seperti tempat simpanan air, ia pecah gara-gara lompatan kasar kanggaru tersebut.”

Lucunya, suami Sharon masih sempat memberikan patung mainan kecil berbentuk kanggaru bertinju sebagai kenang-kenangan insiden itu.

*sumber:mediapenmerah