Suka makan epal tapi yang tak sukanya bila epal tu bertukar warna keperang-perangan. Bila epal tu dah lebam, nampak macam epal tu dah busuk pula. Nak offer kat kawan-kawan pun rasa segan je.
Ini ada 4 cara mudah untuk mengelakkan dari epal lebam selepas dipotong. Selamat mencuba!
1. Air Garam
Sediakan semangkuk air dan tambah secubit garam, kemudian rendamkan epal yang telah dipotong ke dalam air tersebut.
2. Madu
Tak suka rasa masin kat epal tu, anda boleh cuba cara ni pula. Campurkan dua sudu madu dengan segelas air. Kemudian, rendam epal yang telah dipotong ke dalam ke dalam air tersebut.
3. Jus lemon
Perah lemon ke dalam air dan rendam potongan epal itu ke dalam air tersebut selama beberapa minit. Kemudian toskan sebelum dimakan.
Sumber: Sirap Limau
Sumber: gengviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih