Bagi peminat cerita zombie, pastinya drama The Walking Dead (TWD) sudah tidak asing lagi. Drama yang memaparkan zamana kemusnahan di mana semua penduduk di muka bumi ini dijangkiti virus misteri, sehingga tiada sesiapa yang terkecuali.
Terdahulu sebelum tayangan perdana TWD musim ketujuh, AMC telah memuat naik video teaser yang memberi petanda bahawa salah seorang karekter dalam TWD akan dibunuh dengan kayu baseball yang dililit dengan dawai besi.
Seperti peminat yang lain, kami mengharapkan watak Eugene dan Carl dimatikan kerana ketiga-tiga watak ini agak menjengkelkan.
Bagaimanapun, dalam tayangan perdana semalam mendedahkan dua watak utama dalam TWD telah dibunuh. Siapakah?
Watak Glenn Rhee (steven Yeun) dan Abraham Ford (Michael Cudlitz), dibunuh oleh Negan, ketua kumpulan The Saviors.
Ramai para peminat TWD meluahkan rasa tidak puas hati mereka akan ‘kehilangan’ dua watak berkenaan terutamanya Glenn. Malah, simbol ikon kayu baseball juga digunakan dalam tweet bagi menggambarkan rasa tidak puas hati mereka.
“Saya menangis, saya belum bersedia untuk ini (kehilangan Glenn). Glenn adalah satu-satunya watak yang membuatkan saya mahu terus menonton TWD.
“Saya benar-benar terkejut. Negan bunuh watak kegemaran saya! Saya benci segala-galanya!” antara kata-kata peminat TWD di Twitter.
Berdasarkan gambar, Abraham maut setelah dipukul di kepalanya beberapa kali. Manakala Glenn juga menerima nasib yang sama sehingga matanya hampir terkeluar.
Tak sabar nak tengok The Walking Dead malam ini, jam 9 malam ini. – The Reporter
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih