P. Ramlee adalah orang filem dan juga penyanyi yang memunculkan dirinya untuk menghiburkan ramai. Dalam ramai-ramai orang itu barangkali ada diri kita sendiri yang pernah ketawa ketika menonton beberapa karya filemnya atau merasakan terharu mendengarkan gubahan lagu-lagunya.
7 Julai 2016 yang lalu, kenyataan dari David Teo menggugah perasaan kita semua. Ada yang marah, geram dan lain-lain.
Kalau tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat apa? Kita kena kaya raya. Jangan seperti P. Ramlee tinggal pun di tepi Bukit Bintang, Malay Mail Online.
Kita tidak menafikan apa yang disebut oleh David Teo itu adalah peringatan buat orang-orang baru dalam industri hiburan di Malaysia, tetapi mencanangkan P. Ramlee dalam riwayat hidupnya yang berakhir dengan kemiskinan tanpa memperingati apa yang telah dilakukan P. Ramlee kepada tanah semenanjung ini, begitulah menjelekkan.
P. Ramlee telah meletakkan hidupnya pada satu tahap yang tinggi pada ketika dahulu. Daniyal Kadir dalam bukunya Membedah P. Ramlee terbitan Dubook Press telah memberikan gambaran kepada kita bahawa karya-karya P. Ramlee sarat dengan kritikan sosial.
Di sini kami memilih 5 filem terbaik dari filem-filem yang sudah dibedah oleh Daniyal Kadir dari bukunya:
1. Penarek Becha (1955) menyentuh tentang hierarki dalam struktur masyarakat dengan eleman patriarki yang cukup kuat. Golongan kaya menindas yang miskin dan golongan lelaki menindas wanita. Petikan dialog cukup baik untuk direnungi bersama Kekayaan manusia itu hanya daki dunia, Budi bahasa tidak memerlukan modal.
2. Semerah Padi (1956) adalah cerita yang bernuansa Islam. Memaparkan bagaimana hukuman Islam ke atas perbuatan jenayah seperti melakukan zina. Walaupun ada pertelingkahan pendapat ke atas hukuman tersebut, namun dalam hal ini kita masih boleh menerima pakai bahawa masing-masing mempunyai ijtihad dalam menentukan kadar hukuman.
3. Bujang Lapok (1957) muncul ketika semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Yang cuba diangkat adalah soal materialistik masyarakat dalam korpus negara kapitalis yang sedang membangun. Juga P. Ramlee sedikit sebanyak menyentuh soal feudalisme dan kelas.
4. Pendekar Bujang Lapok (1959) mengangkat isu kronisme, nepotisme melalui watak-watak gangster iaitu mendahulukan kepentingan peribadi dan keluarga berbanding kepentingan orang awam. Gangster yang wujud boleh dilihat sebagai kerajaan tempatan yang wujud tidak mampu menguruskan kesejahteraan dengan baik. Ini juga menyangkut kepada persoalan feudal yang tidak putus-putus P. Ramlee dalam banyak karya cuba untuk tekankan.
Dalam dialog Sudin mengeja papan tanda Sekolah Umum sebagai Alif, Mim, Nun, Wau dan disambung pula dengan Alif tendang Wau, Sarkis (Sarkas) Alif dan Wau jika dirumikan dalam bahasa Inggeris adalah United dan Organisasition. Jika ditendang United dan Organisasition maka yang tinggal hanyalah Sarkas (Malay dan National). Ini kritikan P. Ramlee ke atas politik.
5. Musang Berjanggut (1959) memberikan kritikan kepada golongan agamawan, ulama dan ustaz. Mereka berpura-pura dengan penampilan fizikal (penampilan agama) tetapi korup (ini melalui watak Datuk Nikah Kahwin Musang Berjanggut). Juga kritikan diberikan kepada golongan pemerintah (watak Sultan) apabila Sultan sudah dilihat salah maka beliau umumkan untuk ke Mekah bagi mengerjakan Haji. Ini adalah eskapisme yang paling mudah untuk dilihat suci dan tidak berdosa.
Sumber: Thevocket.com
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih