Guna Kentang Bertunas Akibatkan Masalah Kesihatan

Mungkin juga ini petanda kita jarang memasak tapi kejadian ini selalu berlaku. Disimpan lama dalam peti sejuk sehingga kentang pun tumbuh tunas.

Walau pun begitu keadaannya, biasanya kita tetap menggunakannya sebagai bahan dalam sajian kerana tidak pernah mendatangkan masalah.

Bagaimana pun selepas membaca artikel ini anda mungkin perlu berfikir dua kali sebelum menggunakan kentang yang sudah bertunas.

Ini berikutan kajian dibuat oleh Notthingham Trent University menyatakan kentang yang disimpan lama sehingga bertunas kebiasaannya mengandungi racun yang boleh mengganggu sistem pencernaan dan menyebabkan sakit perut.

Ada Unsur Racun Pada Tunas

sdasda

Pengkaji Caroline Wright berkata kentang yang bertunas sehinga berwarna hijau dan berasa pahit menandakan bahawa terdapat racun di dalamnya.

Ini disebabkan penghasilan unsur kimia tertentu yang ada pada batang tunas kentang. Ia bukan hanya ada pada kentang, tapi juga sering terdapat pada bahan makanan lain yang tumbuh di bawah tanah seperti halnya lobak, bawang bombay dan tanaman jenis ubi.

Jika dimakan dalam jumlah yang kecil, kentang dan makanan berasaskan ubi ini mungkin tidak mempunyai kesan tapi sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak ia mungkin menyebabkan risiko sakit perut.

Potatosprout

Tidak setakat itu saja, kentang dan sayur sejenisnya yang telah bertunas akan menyebabkan rasa mual,muntah, kerongkong terasa seperti terbakar, sakit kepala dan pening.

Caroline menyarankan agar sayur yang sudah berubah sifatnya ini tidak dimakan sebaliknya ditanam untuk mengelakkan masalah kesihatan jika digunakan dalam masakan.

The post Guna Kentang Bertunas Akibatkan Masalah Kesihatan appeared first on LelakiSihat.Com – Tips & Info Kesihatan Lelaki.

Sumber: gengviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih