Seorang kanak-kanak cina berusia 11 tahun jadi viral apabila dia turut belajar mata pelajaran kimia bersama penuntut universiti 18 tahun ke atas yang lain di dewan kuliah. Daniel Liu dikatakan mengambil beberapa kelas di university dan merupakan kanak-kanak genius di unviersiti tersebut.
Daniel sebelum ini merupakan johan termuda dalam cabaran Chemical Educational Foundations National Challenge dimana pertandingan itu menggalakkan kanak-kanak antara 10-16 tahun untuk meneroka konsep kimia dan fungsi dan aplikasinya ke alam nyata.
Daniel yang menuntut di Universiti Toledo, begitu pintar subjek kimia hingga memesan kepada pelajar lain agar bertanya soalan menerusi email sekiranya ada yang tidak memahami soalan berkaitan mata pelajaran itu.
Sumber: gengviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih